Jumaat, 25 November 2011

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Ikhwanul Muslimin enggan runding dengan tentera

Posted: 24 Nov 2011 09:37 AM PST

KAHERAH: Tanda-tanda perpecahan dalam Ikwanul Muslimin kelihatan semalam apabila seorang pemimpin kanannya berkata, ia mungkin tidak akan berunding dengan pemerintah tentera Mesir.

Sehari selepas bersetuju untuk berbuat demikian bagi mempercepatkan penyerahan kuasa kepada orang awam, Mohamed Beltagy, Setiausaha Agung Parti Pembebasan dan Keadilan milik Ikhwanul Muslimin, berkata, pasukan keselamatan tidak memenuhi janji untuk menghentikan serangan terhadap penunjuk perasaan di Dataran Tahrir.


"Kerana itu kami tidak akan berunding dengan mereka," katanya. - AFP

Full content generated by Get Full RSS.

Doktor silap gugur

Posted: 24 Nov 2011 09:35 AM PST

MELBOURNE: Sebuah hospital disiasat selepas kakitangannya tersilap menggugurkan satu daripada kembar berusia 32 minggu kerana didapati mengalami masalah jantung.

Herald Sun melaporkan, doktor Hospital Wanita Diraja mengesan satu daripada pasangan kembar berkenaan mungkin memerlukan siri pembedahan yang panjang jika dibenarkan lahir seperti biasa.


Hasil nasihat doktor, wanita hamil terbabit terpaksa akur dengan pandangan itu dan membenarkan satu daripada kembarnya digugurkan Selasa lalu.

Bagaimanapun, apabila prosedur pembedahan itu selesai, doktor baru menyedari mereka sebenarnya menggugurkan janin yang sihat.


Hospital itu mengesahkan insiden berkenaan semalam.


"Ia tragedi dahsyat dan kami benar-benar meminta maaf atas kejadian berkenaan," kata kenyataan dikeluarkan itu.

Hospital terbabit juga menjalankan siasatan menyeluruh dengan bantuan dua penyiasat bebas dari Hospital Canberra bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.


Sementara itu, sumber berkata, wanita terbabit kini masih cuba menerima kenyataan.

"Dia ke hospital dengan dua janin dan kini dia bersedih kerana bakal melahirkan anak yang kurang sempurna.


"Wanita itu mengalami trauma," katanya.


Sumber terbabit juga mempertikaikan kenyataan hospital itu yang mendakwa melakukan proses berkenaan mengikut prosedur betul.


"Jika prosedur dilakukan dengan baik, bagaimana ia boleh berlaku?" katanya. - AFP

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan