Ahad, 2 Oktober 2011

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Demi, Kutcher elak cerai

Posted: 01 Oct 2011 09:19 AM PDT

LOS ANGELES: Di tengah kemungkinan menjadi pasangan selebriti terbaru bercerai, pasangan Demi Moore dan Ashton Kutcher dilihat mengunjungi pusat keagamaan Kabbalah di Los Angeles, semalam.

Kedua-dua mereka masih memakai cincin perkahwinan masing-masing.


Menurut saksi, Demi, 48, dan suaminya, Kutcher, 33, tiba di situ secara berasingan tetapi meninggalkan kawasan berkenan bersama-sama.

Perkembangan itu mengiringi khabar angin yang mendakwa mereka di ambang perceraian selepas Kutcher curang dengan berfoya-foya dengan seorang penuntut, Sara Leal, 23, awal bulan ini.


Pasangan selebriti itu mendapatkan nasihat daripada kakitangan Kabbalah sepanjang musim panas ini bagi menyelamatkan rumah tangga mereka.


Sumber berkata, Demi - popular dengan lakonannya dalam filem Ghost - memang tidak tinggal bersama Kutcher.

Semalam adalah sambutan Rosh Hashanah - hari suci untuk golongan Yahudi kerana mereka boleh "membasuh dosa" masing-masing.


Demi dan Kutcher menganut fahaman itu sejak sekian lama, malah mereka berkahwin pada 2005 mengikut istiadat agama berkenaan.

Sumber berkata, Demi dan Kutcher bermalam di rumah sama.


"Sebelum ini, Demi amat sedih dan malu apabila skandal suaminya didedahkan," katanya.


Lebih mengaibkan, kecurangan Kutcher di sebuah hotel di San Diego itu dilakukan pada hari ulang tahun perkahwinannya dengan Demi pada 24 September.


Sejak aksi Kutcher dan Sara dibongkar, kedua-dua pasangan itu memilih Twitter untuk menyatakan perasaan masing-masing.


Demi, misalnya, memuat naik imejnya berbaring dan memejam mata dengan diiringi nota "aku melihat melalui kamu." Dia juga memetik kata-kata ahli falsafah Greek, Epictetus, mengenai kemarahan Beberapa hari lalu, Demi berhenti mengikuti catatan Twitter Kutcher dan aktor Two and a Half Men itu juga bertindak sama. - TS

Paus Sei betina mati terdampar 800 meter dari pantai

Posted: 01 Oct 2011 09:17 AM PDT

EAST YORKSHIRE: Pakar marin kebingungan melihat bangkai ikan paus dari spesies jarang ditemui terdampar kira-kira 800 meter dari pantai, semalam.

Bangkai paus sepanjang 10 meter itu terbiar di kawasan perkampungan Skeffling, East Yorkshire.


Pemeriksaan mendapati, paus itu mati akibat terperangkap di kawasan cetek.

Pakar dilaporkan "95 peratus yakin" paus berkenaan betina dari spesies Sei yang jarang ditemui.


Rekod menunjukkan, hanya tiga paus seumpama itu ditemui terkandas di perairan Britain sejak 20 tahun lalu.


Pegawai Amanah Hidupan Liar Yorkshire, Andy Gibson, berkata keadaan air cetek menyebabkan ikan itu tersangkut pada pasir pantai.

"Keadaan ikan ini menyedihkan. Selepas terperangkap, ia berguling supaya liang udara di atas badannya tertutup," katanya. - YN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan