Berita Harian: Dunia |
Suspek kes bunuh dijangka terkenal, kaya Posted: 05 Oct 2011 04:07 PM PDT Dunia Kisah Knox dipenjara diramal raih untung sehingga RM3jLOS ANGELES: Pelajar Amerika Syarikat, Amanda Knox yang baru dibebaskan daripada dakwaan membunuh rakan sebilik warga Britain di Itali, mampu meraih berjuta-juta dolar jika sedia menjual pengalamannya sama ada dalam bentuk buku, siri televisyen malah filem. Ketika keluarganya mempunyai cadangan untuk anak mereka itu menghabiskan masa bersendirian bagi menyesuaikan diri dengan kebebasan, pemerhati bersetuju gadis berusia 24 tahun itu kini mempunyai peluang cerah meraih keuntungan. "Kisah Amanda Knox boleh mendapat sambutan kerana beliau masih muda selain dianggap sebagai kisah yang sinonim dengan rakyat Amerika, dan ramai mengikuti kisahnya," kata Charlotte Gusay, ejen sastera selepas Knox tiba di rumahnya semalam."Saya jangka dia akan mendapat keuntungan antara AS$500,000 (RM1.5 juta) hingga AS$1 juta dolar (RM3 juta). Dia sudah tentu ditawarkan perjanjian menerbitkan kisahnya dalam buku dan filem jadi perlu menjelajah selain dikejar untuk muncul dalam rancangan dikenali ramai," kata Gusay. Knox yang masih lagi bersedih ketika tiba di Seattle bersama keluarganya, sehari selepas digugurkan daripada dakwaan membunuh dan dibebaskan dari sebuah penjara Itali, tempat tahanannya selama empat tahun. Pada satu sidang akhbar singkat di lapangan terbang, pelajar itu lebih menekankan niatnya untuk kembali menikmati kehidupan normal. |
Russia, China veto serang Syria Posted: 05 Oct 2011 04:06 PM PDT Dunia Perkataan 'bertindak terhadap sasaran' disyaki bermakna lancar perangDAMSYIK: Russia dan China menggunakan kuasa veto bagi menghalang kelulusan resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengancam tindakan ke atas Syria kerana menggunakan kekerasan ke atas penunjuk perasaan tempatan. Ia memberi tamparan hebat terhadap cubaan Amerika Syarikat dan Eropah untuk menjatuhkan rejim pimpinan Presiden Bashar al-Assad. Ketika beberapa penunjuk perasaan lagi maut di Syria dan ancaman mengenakan sekatan baru, tindakan menggunakan kuasa veto itu mencetuskan kemarahan Eropah yang mencadangkan resolusi itu manakala Amerika berkata majlis itu 'gagal sepenuhnya menangani cabaran moral dengan cepat.'Sembilan negara mengundi menyokong teks resolusi itu yang menggesa 'tindakan ke atas sasaran' jika Bashar meneruskan tindakan kerasnya, yang dikatakan PBB menyebabkan sekurang-kurangnya 2,700 maut. Russia dan China membantah sekali gus membunuh resolusi itu kerana kuasa veto mereka sebagai anggota tetap majlis. Afrika Selatan, India, Brazil dan Lubnan berkecuali, menunjukkan perpecahan di kalangan 15 anggotanya sejak NATO melancarkan serangan udara ke atas Libya bagi mewajarkan tindakan. Wakil PBB Russia, Vitaly Churkin, berkata resolusi Eropah adalah 'berdasarkan falsafah konfrontasi.' Ancaman tindakan itu 'tidak boleh diterima,' tambahnya.
China berkatam, ia menggunakan kuasa vetonya kerana resolusi itu mungkin 'secara buta' memberi tekanan kepada negara Arab dan tidak membantu. "Sesetengah negara menghantar satu resolusi deraf untuk mengenakan tekanan malah mengancam sekatan ke atas Syria. Ia tidak akan membantu mengurangkan ketegangan," kata jurucakap Kementerian Luar China. Ma Zhaoxu. Duta Amerika, Susan Rice pula menggelar komen itu satu muslihat murah oleh mereka yang lebih gemar menjual senjata berbanding mempertahankan rakyat Syria. Rice menggesa majlis itu melaksanakan sekatan tegas, disasarkan dan satu embargo senjata ke atas Syria. "Amerika Syarikat berang bahawa majlis ini gagal sepenuhnya untuk menangani satu cabaran moral terdesak dan ancaman meningkat terhadap keamanan dan keselamatan serantau," katanya. Duta Amerika itu kemudian mengetuai delegasinya keluar dari dewan majlis selepas duta Syria, Bashar Jaafari menuduh Amerika melakukan 'pembunuhan beramai-ramai' dalam serangan panjang oleh negara barat. Russia membantah satu resolusi alternatif yang mengutuk keganasan pembangkang selain kerajaan dan menggesa dialog bagi menamatkan krisis itu. Negara Eropah bagaimanapun berazam ia tidak akan mengundi. Veto berganda oleh Russia dan China adalah satu 'undian menentang kebangkitan Arab,' kata wakil PBB Perancis Gerard Araud di luar dewan majlis. – AFP |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan