Kosmo Online - Dunia |
Posted: Disindir serangan 9/11
HOUSTON, Amerika Syarikat (AS) - Seorang penduduk Islam AS, Tarek Ghalayani kecewa kerana disindir berhubung peristiwa serangan pengganas ke atas AS pada 11 September 2001 semasa dia mengunjungi sebuah restoran burger yang popular di sini, lapor sebuah akhbar semalam. Kejadian berlaku semasa Tarek memesan burger di restoran makanan segera itu ketika dia dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas menonton separuh masa pertama satu perlawanan bola sepak Amerika. Namun, dia terkejut melihat lakaran gambar bangunan berkembar World Trade Centre (WTC) di new York dan lukisan sebuah pesawat sedang menuju ke bangunan tersebut pada bungkusan polistirena makanan burger yang dipesannya. Turut tertera pada bungkusan itu ialah ungkapan Selamat 11 September yang merujuk kepada kemusnahan WTC selepas ia dirempuh oleh dua pesawat penumpang pada 2001. Tarek yang bekerja berhampiran WTC pada pagi 11 September 2001 berkata, dia kecewa dan marah dengan perbuatan pekerja restoran berkenaan yang dianggapnya sebagai biadap. Serangan itu juga dikenali sebagai peristiwa 9/11. "Hari tersebut adalah hari yang sedih di AS yang mengorbankan hampir 3,000 penduduk negara ini dan ia bukan satu jenaka," katanya dalam satu wawancara bersama saluran televisyen tempatan, ABC 13. Selepas kejadian itu tersebar di Internet, pemilik premis berkenaan, Ben Fullelove memecat pekerja yang bertanggungjawab melakukan perbuatan itu sebelum dia datang sendiri ke rumah Tarek di sini untuk memohon maaf. - Agensi | ||
Johansson buat aduan kepada FBI Posted: aduan kepada FBI Johansson buat |
|
SCARLETT JOHANSSON |
LOS ANGELES, Amerika Syarikat (AS) - Bintang filem Lost In Translation, Scarlett Johansson membuat aduan kepada Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) untuk menyiasat bagaimana gambar-gambar bogelnya digodam daripada telefon iPhone miliknya, lapor sebuah akhbar semalam.
Foto-foto bogel tersebut yang dirakamkan sendiri oleh aktres berusia 26 tahun itu disiarkan di sebuah laman web pada Rabu lepas.
Jika gambar-gambar itu terbukti asli, aktres berkenaan mungkin merupakan mangsa sindiket menggodam telefon bimbit terkini yang dipercayai bertanggungjawab mencuri gambar dan rakaman video bogel daripada sekurang-kurangnya 50 selebriti wanita.
Sasaran lain sindiket tersebut termasuk aktres Jessica Alba, Vanessa Hudgens, Selena Gomez dan Miley Cyrus selain penyanyi Christina Aguilera. - Agensi
Volkswagen Beetle jadi Porsche 356
Posted:
Volkswagen Beetle jadi Porsche 356
KERETA Volkswagen Beetle sebelum ia diubahsuai oleh Megan Ashton.
SALISBURY - Seorang pegawai kejuruteraan Tentera Laut Diraja Britain, Megan Ashton, 26, mengambil masa selama enam tahun untuk mengubahsuai sebuah kereta Volkswagen Beetle untuk kelihatan seperti Porsche 356, lapor sebuah akhbar semalam.
Kereta Porsche 356 itu dicipta oleh Ferdinand Porsche yang merupakan anak lelaki pengasas syarikat Porsche yang telah mereka bentuk Volkswagen Beetle.
Kereta Volkswagen Beetle berkongsi banyak peralatan dengan Porsche 356 menyebabkan mudah buat Ashton untuk melakukan kerja-kerja pengubahsuaian.
MEGAN ASHTON berdiri dekat kereta Volkswagen Beetle yang diubahsuai menjadi Porsche 356.
Ashton membelanjakan £200 (RM978) untuk membeli kereta Volkswagen yang berusia 40 tahun itu dan menanggalkan kepingan badannya.
Dia turut menggunakan enjin kereta 1776cc untuk menggantikan enjin lama yang berkuasa 1285cc.
Ashton membeli kereta itu ketika dia menjadi pelajar.
Kos untuk menyiapkan keseluruhan kenderaan itu ialah £4,000 (RM19,548).
Kereta itu mempunyai tempat duduk kulit dan ia boleh bergerak lebih 160 kilometer sejam dan kini bernilai £25,000 (RM122,276). - Agensi
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan