Kosmo Online - Dunia |
- Pasukan keselamatan bertempur selama 19 jam dengan Taliban
- Anak Gaddafi dikawal di Niger
- Kura-kura gergasi dirampas
Pasukan keselamatan bertempur selama 19 jam dengan Taliban Posted: Pasukan keselamatan bertempur selama 19 jam dengan Taliban
KABUL - Satu serangan Taliban di ibu kota negara ini berakhir selepas 19 jam pertempuran berlaku melibatkan anggota pasukan keselamatan tempatan dan asing. Dalam pertempuran itu, seramai 14 orang maut dan enam anggota tentera asing mengalami kecederaan. Pasukan keselamatan Afghanistan dan asing bertempur dengan anggota-anggota Taliban yang menjadikan ibu pejabat Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) sebagai sasaran serangan. Pertempuran itu berakhir selepas pasukan keselamatan tersebut membunuh dua anggota Taliban yang berada di dalam sebuah bangunan sedang dalam pembinaan beberapa meter dari Kedutaan Amerika Syarikat (AS) yang dikawal ketat. Anggota-anggota Taliban itu yang dilengkapi jaket bom dan pelancar bom roket melakukan serangan pada pukul 1.30 petang kelmarin. - AFP | ||
Posted: Anak Gaddafi dikawal di Niger
TRIPOLI - Seorang anak lelaki bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi kini dikawal oleh pengawal-pengawal pasukan keselamatan Niger di bandar Niamey. Anak Gaddafi itu, Saadi, 38, merupakan di antara 32 pegawai bekas pemimpin tersebut yang melarikan diri melalui gurun ke Niger baru-baru ini. Menurut beberapa pegawai Niger, dia diterbangkan ke bandar Niamey lewat kelmarin selepas menaiki pesawat Hercules C-130 dari bandar Agadez. Saadi ditempatkan di sebuah kediaman gabenor di bandar Niamey dengan lapan pembantu rapat bapanya selepas mereka menyeberangi Niger pada Ahad lalu. Pentadbiran Amerika Syarikat (AS) menerima jaminan Niger bahawa Saadi berada dalam kawalan pasukan keselamatan negara itu. "Mengikut kefahaman kami, dia ditahan di sebuah rumah tetamu kerajaan," kata jurucakap Jabatan Negara AS, Victoria Nuland. Pertubuhan Penjanjian Atlantik Utara (NATO) juga tidak tahu sama ada Gaddafi sudah meninggalkan Libya. Seorang jurucakap NATO, kolonel Roland Lavoie memberitahu pemberita kelmarin: "Kami tidak mengetahui sama ada beliau (Gaddafi) sudah meninggalkan negara itu." Libya kini ditadbir oleh Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) yang mewakili pemberontak selepas rejim Gaddafi ditumbangkan sebelum Hari Raya Aidilfitri yang lalu. Gaddafi kini dalam buruan selepas dia melarikan diri ekoran kejayaan pemberontak menawan Tripoli. - Agensi | ||
Posted: Kura-kura gergasi dirampasBEBERAPA anggota polis dan pegawai Zoo Popcorn Park di Highlands, New Jersey memindahkan seekor kura-kura gergasi dari rumah Richard Hines kelmarin. HIGHLANDS - Empat ekor kura-kura gergasi yang dirampas dari sebuah rumah di sini kelmarin kini diperiksa di Zoo Popcorn Park sini untuk mengetahui keadaan kesihatannya. Kura-kura itu dirampas dari rumah milik Richard Hines Jr. selepas dia memiliki haiwan tersebut tanpa mendapat permit. Cangkerang beberapa ekor kura-kura itu didapati retak. Jurucakap Jabatan Perlindungan Alam Sekitar New Jersey, Larry Ragonese menyatakan bahawa jiran-jiran Hines mendengar bunyi seperti tangisan kura-kura tersebut, sebelum memberi haiwan tersebut makan. Kura-kura itu yang salah seekornya seberat lebih 225 kilogram kini dijaga di zoo tersebut. - Agensi |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan