Kosmo Online - Dunia |
- Copperfield bida patung tukang tilik bercakap
- Suami terbuang barang kemas milik isteri
- Kereta berusia 107 tahun masih berfungsi
Copperfield bida patung tukang tilik bercakap Posted: Copperfield bida patung tukang tilik bercakap
BANDAR VIRGINIA, Amerika Syarikat – Ahli silap mata terkenal, David Copperfield membina sebanyak AS$2 juta (RM5.96 juta) untuk membeli mesin patung tukang tilik gispsi yang boleh bercakap dan berusia 200 tahun. Copperfield percaya ia merupakan satu-satunya mesin patung tukang tilik gipsi di dunia yang boleh bercakap. Mesin itu kini dipamerkan di sebuah restoran di bandar ini. Patung itu sebenarnya bercakap selepas seseorang memasukkan duit siling lima sen untuk mengetahui ramalan masa depannya. Mata patung itu akan bercahaya dan giginya bergerak semasa ia mengeluarkan suara selepas duit tersebut dimasukkan. Bagaimanapun, ia mengeluarkan suara menerusi alat rakaman yang telah dirakamkan terlebih dahulu. – Agensi | |
Suami terbuang barang kemas milik isteri Posted: Suami terbuang barang kemas milik isteriGEOFF kini menjadi pemburu barang kemas di sebalik timbunan sampah di Brisbane, Australia. BRISBANE – Seorang suami di Australia yang hanya dikenali dengan nama Geoff semalam merayu kepada pekerja-pekerja majlis perbandaran supaya mencari beberapa barang kemas isterinya yang silap dibuang ke dalam tong sampah. Barang kemas itu terdiri daripada dua gelang rantai dan beberapa kepingan emas yang semuanya bernilai AS$53,000 (RM158,231). Menurut Geoff yang merupakan seorang pemandu trak, barang kemas itu disimpan di dalam beberapa beg plastik bagi mengelak dilarikan sekumpulan perompak jika mereka memecah masuk ke rumah. Barang kemas dalam beg plastik itu tersilap dibuang pada minggu lalu ke dalam tong sampah di luar rumah mereka semasa dia membuat kerja-kerja pembersihan. Jurucakap Majlis Wilayah Pantai Sunshine, Gary Reeve memberitahu pemberita bahawa harapan untuk menemui barang kemas itu amat tipis kerana terdapat ribuan tan sampah pada setiap minggu. – Agensi | |
Kereta berusia 107 tahun masih berfungsi Posted: Kereta berusia 107 tahun masih berfungsiBRIAN CASELEY (kanan) memandu kereta berusia 107 tahun di Sherborne, Britain baru-baru ini. SHERBORNE, Britain – Sebuah kereta dua tempat duduk yang dibina pada 1904 masih boleh bergerak dan didakwa tidak pernah mengalami kerosakan, lapor sebuah akhbar kelmarin. Kereta model Wolseley 6 itu dibeli oleh Brian Caseley, 65, pada 2004 daripada seorang rakannya yang merupakan pengumpul kereta vintaj. Namun, harga kereta itu tidak didedahkan kepada media. Kereta tersebut mempunyai kelajuan maksimum 46.67 kilometer sejam. Namun, jumlah jarak pergerakan kereta itu tidak diketahui kerana ia tidak dilengkapi dengan meter perbatuan. Isteri Brian, Pat, 63, berkata, kereta itu tidak pernah mengalami kerosakan dan masih berada dalam keadaan elok seperti ia baharu dikeluarkan. "Kereta itu menggunakan 3.78 liter petrol untuk perjalanan di antara 48.28 kilometer hingga 64.37 kilometer dan ia lebih efisen daripada kebanyakan kereta pada hari ini," katannya. Pemilik pertama kereta itu ialah E. H. Greenly dari Titley Court, Herefordshire yang memilikinya pada 1905. – Agensi |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan