Harian Metro: Global |
Rakyat Mali sanggup terima ‘raja segala raja’ Posted: 30 Aug 2011 07:05 AM PDT GAO: Semakin ramai rakan taulan Muammar Gaddafi di peringkat antarabangsa menjauhkan diri darinya. Bagaimanapun, penduduk di Gao, sebuah bandar di Mali, berkata, mereka bersedia menerima bekas pemimpin Libya itu.
Seorang guru besar kelihatan tergamam apabila ditanya sama ada dia bersedia menerima kedatangan Gaddafi.
Hubungan Mali dengan Gaddafi begitu kukuh.
|
Posted: 30 Aug 2011 07:02 AM PDT BOSTON: Seorang bapa saudara Presiden Barack Obama ditangkap baru-baru ini berhampiran bandar raya ini atas tuduhan memandu dalam keadaan mabuk. Onyango Obama ditahan di Framingham, Massachusetts pada 24 Ogos.
Jurucakap polis, Blaise Tersoni berkata, ketika ditangkap, (Onyango) Obama tidak boleh bercakap dengan baik dan berbau arak. Menurut laporan polis, lelaki itu mendakwa dia hanya minum dua tin bir tetapi gagal dalam beberapa ujian.
Keluarga Presiden Amerika Syarikat di sebelah bapanya, warga Kenya, mendapat liputan akhbar tahun lalu apabila ibu saudaranya, Zeituni Onyango, adik Onyango Obama, menang dalam satu kes mendapatkan suaka politik selepas berada di Amerika Syarikat secara haram. - AFP |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan