Kosmo Online - Dunia |
- Remaja maut dibaham beruang kutub
- Cef popular saman keluarga mertua
- Mogok lapar elak dihantar ke Malaysia
Remaja maut dibaham beruang kutub Posted: Remaja maut dibaham beruang kutubBeruang kutub dewasa cenderung menyerang manusia. KEPULAUAN SVALBARD, Norway - Seorang remaja lelaki, Horatio Chappleon, 17, mati dibaham beruang kutub ketika dia tidur di khemahnya di sebuah glasier di sini, dekat Norway, lapor sebuah akhbar semalam. Beruang berbulu putih dan bertaring panjang itu menyerang sekumpulan peserta kembara Britain pada Khamis lalu dan turut mencederakan empat yang lain. Seorang saksi, Terry Flinders berkata, semasa kejadian anak lelakinya, Patrick, 16, sedang berbaring di khemahnya apabila beruang lapar itu menyerbu masuk dan menggigit kepala Horatio yang tidur di sebelahnya lalu membunuh mangsa.
"Ia kemudian menerkam Patrick. Anak saya menumbuk hidung beruang kutub itu untuk menyelamatkan diri. Dia sempat berlari ke keluar khemah tetapi mengalami kecederaan di kepala dan tangan akibat dicakar," kata Terry. Tiga lagi mangsa serangan beruang lapar itu berada dalam keadaan kritikal dan dirawat di sebuah hospital berdekatan. Binatang buas itu akhirnya ditembak mati oleh anggota kumpulan pelancong berkenaan. Mereka kemudian menghubungi pihak berkuasa yang tiba di lokasi dengan menaiki sebuah helikopter tidak lama kemudian. Beberapa hari sebelum kejadian, seorang peserta kembara itu memberitahu, mereka termasuk Horatio berasa gembira apabila ternampak seekor beruang kutub tidak jauh dari tapak perkhemahan mereka. BEBERAPA petugas penyelamat mengangkut bangkai Mangsa-mangsa terselamat berkata, kejadian berlaku kerana sistem kawat penggera di keliling tapak perkhemahan tersebut gagal berfungsi. Sistem itu sepatutnya melepaskan letupan bunga api ke udara untuk menakutkan beruang kutub yang tersadung kawat dawai berkenaan. Terdapat sekitar 27,000 ekor beruang kutub di dunia dengan 60 peratus haiwan itu tinggal di Kanada. Beruang kutub yang berbulu putih turut ditemui di Alaska, Rusia, Greenland dan Norway. - Agensi Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. | ||
Cef popular saman keluarga mertua Posted: Cef popular saman keluarga mertuaGORDON RAMSAY bersama isterinya Tana di Los LONDON, Britain - Cef selebriti, Gordon Ramsay menyaman bapa mertuanya, Chris Hutcheson kerana menggodam e-mel peribadinya dan menggelapkan wang empayar restorannya sebanyak £1.4 juta (RM5.9 juta) untuk berfoya-foya dengan perempuan, lapor sebuah akhbar semalam. Ramsay, 44, yang popular menerusi program realiti masakan, Hell's Kitchen mengisytiharkan perang terhadap keluarga isterinya dengan menyaman bapa mertua, ibu mertua dan adik serta kakak iparnya, birasnya malah, perempuan simpanan bapa mertuanya turut disaman. Mereka dinamakan sebagai defendan dalam saman itu yang dikemukakan di Mahkamah Tinggi Britain kelmarin. Ramsay menuntut pampasan beberapa juta pound sterling daripada bapa mertuanya selepas dia memecat lelaki itusebagai ketua eksekutif empayar restorannya Oktober tahun lalu. Dalam samannya, Ramsay mendakwa mereka berulang kali menceroboh e-mel peribadinya. Keluarga mertuanya turut didakwa menggelapkan wang syarikat termasuk bapa mertuanya yang melesapkan £1.4 juta untuk berfoya-foya bersama perempuan simpanannya. - Agensi Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. | ||
Mogok lapar elak dihantar ke Malaysia Posted: Mogok lapar elak dihantar ke Malaysia
CANBBERA, Australia - Mogok lapar tidak akan menjejaskan rancangan kerajaan Australia menghantar pencari suaka politik ke Malaysia di bawah perjanjian pertukaran pelarian bersama Kuala Lumpur, kata Perdana Menteri Julia Gillard. Kelmarin, sebuah pertubuhan bukan kerajaan, Pakatan Bertindak Pelarian (RAC) menyatakan, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada beberapa pencari suaka di Pulau Krismas. RAC menyatakan, panggilan tersebut untuk memaklumkan mengenai tindakan sebahagian pencari suaka yang melancarkan mogok lapar kerana membantah rancangan penghantaran mereka ke Malaysia. Kumpulan yang terdiri daripada 54 pencari suaka politik termasuk 18 kanak-kanak itu dengan kebanyakannya dari Afghanistan, tiba di Pulau Krismas pada Khamis lalu. Mereka merupakan kumpulan orang hanyut pertama yang akan dipindahkan ke Malaysia di bawah perjanjian bersama Kuala Lumpur - Canberra. Mengulas mengenai perkara itu, Gillard berkata, laporan mengenai mogok lapar itu tidak akan mengubah pendirian kerajaan Australia. "Sebarang isu berbangkit akan ditangani para pegawai jabatan imigresen kita," kata Gillard semalam. Pada 26 Julai lalu, kerajaan Australia memeterai perjanjian untuk menghantar 800 pencari suaka politik ke Malaysia dan sebagai balasan, Australia akan menerima 4,000 orang berstatus pelarian dari Malaysia untuk ditempatkan semula di negara itu dalam tempoh empat tahun. - Agensi Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan