Selasa, 23 Ogos 2011

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


Pemberontak masuk perangkap

Posted: 23 Aug 2011 02:40 PM PDT

Dunia

SAIF  memberi isyarat ‘V’ tanda   kemenangan selepas bertemu dengan penyokongnya di Tripoli, semalam.

SAIF memberi isyarat 'V' tanda kemenangan selepas bertemu dengan penyokongnya di Tripoli, semalam.

Anak Gaddafi temui penyokong di Tripoli bukti tidak ditahan musuh

TRIPOLI: Anak Muammar Gaddafi, yang didakwa pemberontak berjaya ditahan, melakukan kemunculan mengejutkan bersama-sama penyokongnya tengah malam kelmarin dan menyeru golongan masih setia kepada pemimpin Libya itu supaya menentang pemberontak yang berkata mereka berjaya menawan hampir keseluruhan ibu kota Libya itu.

Saif al-Islam, yang dilihat sebagai pewaris bapanya, melawat hotel Tripoli yang menjadi penginapan wartawan asing untuk mengisytiharkan kemenangan kerajaan dalam pertempuran dengan pemberontak.

Dia membawa wartawan ke kubu kuat bapanya, Bab al-Aziziyah. Rakaman televisyen menunjukkan Saif tersenyum, melambai dan bersalaman dengan penyokongnya, selain mengangkat tangan dan membuat isyarat 'V' sebagai tanda kemenangan. "Kami sekat pemberontak. Ia perangkap. Kami susahkan mereka, jadi kami menang. Angkat senjata hari ini, angkat senjata hari ini. Insya-Allah kita akan serang tikus hari ini," kata Saif kepada penyokong setianya yang menanti untuk diberikan senjata.

Penangkapan Saif dilaporkan pemberontak dan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICJ) di The Hague dan penampilannya di depan media asing menimbulkan persoalan mengenai kredibiliti pemberontak.

Katanya, Tripoli masih dalam kawalan kerajaan dan tidak peduli mengenai waran tangkap dikeluarkan ICJ yang mahukan dia dan bapanya kerana melakukan jenayah kemanusiaan.

Gaddafi sendiri tidak kelihatan di khalayak ramai selama beberapa minggu sebelum pemberontak tiba di ibu kota itu hujung minggu lalu.
Turut melakukan pemberontak ialah seorang lagi anak Gaddafi yang dikatakan berada dalam tahanan mereka, Mohammed, berjaya melepaskan diri daripada tahanan.

Selain itu, apabila ditanya sama ada bapanya selamat dan sihat di Tripoli, Saif memberitahu wartawan: 'Sudah tentu.'

Pemimpin dunia mendesak Gaddafi, 69, menyerah diri untuk mengelakkan lebih banyak pertumpahan darah dan merayu peralihan kuasa secara teratur, ketika pertempuran selama enam bulan untuk mengambil alih kawalan ke atas negara pengeluar minyak di Afrika Utara itu sudah memasuki peringkat akhir.

Pemberontak menawan Tripoli dua hari lalu yang diatur dengan kebangkitan penduduk bandar raya itu sendiri.

Penduduk yang membanjiri jalan raya Ahad lalu untuk meraikan kejatuhan kepemimpinan diktator, berada dalam rumah ketika tembakan mesingan dan letupan
menandakannya pertempuran paling hebat dalam kebangkitan di dunia Arab yang membentuk semula politik serantau. – Reuters

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen


Rumah Gaddafi kena tawan

Posted: 23 Aug 2011 02:31 PM PDT

Dunia

Pemberontak terus buru pemimpin Libya, pelbagai spekulasi timbul

TRIPOLI: Pemberontak memasuki kediaman pemimpin Libya, Muammar Gaddafi, selepas 24 jam bertempur dengan tentera yang mengawal kawasan umpama kubu itu, semalam.

Wartawan di tempat kejadian berkata, pintu masuk berwarna hijau kediaman itu diletupkan dan beratus-ratus pemberontak membanjirinya dan melepaskan tembakan ke udara.

Belum ada berita sama ada Gaddafi, 69, berada di situ tetapi pertempuran sengit yang meletus sebelum kediaman itu dimasuki membayangkan kemungkinan beliau ada di dalam. Pertempuran di Bab al-Aziziyah membabitkan penggunaan mortar, mesingan dan senapang antipesawat meletus beberapa jam selepas anak Gaddafi yang dikatakan penggantinya, Saif al-Islam, muncul di khalayak ramai bagi menafikan dia ditahan pemberontak.

Kemunculannya secara mengejut dikatakan bukti bahawa Gaddafi masih mampu bertindak balas sekalipun ramai menganggap pemerintahannya sudah berakhir.

Kediaman besar Gaddafi, bagaimanapun, rosak teruk kerana serangan udara Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) selain dianggap lambang utama pemerintahannya selama 42 tahun.

Tidak hairanlah seorang pemberontak, Abdel-Aziz Shafiya, 19, menyuarakan kegembiraan tidak terhingga ketika meronda kawasan dalamannya dengan membawa pelancar roket dan senapang Kalashnikov.
"Saya kehilangan rakan dan keluarga tetapi sudah masuk rumah Gaddafi. Ramai kawan saya terkorban. Semua itu memberi makna ketika ini," katanya.

Bekas penasihat kanan Gaddafi, Abdel-Salam Jalloud yang berpaling tadah bulan ini, memberitahu stesen televisyen Al-Jazeera bahawa dia berpendapat pemimpin itu berada di pinggir Tripoli dengan berlindung di rumah persendirian, hotel kecil dan masjid.

Ada juga laporan yang mendakwa Gaddafi bersembunyi dekat sempadan Algeria.

Pemberontak dilaporkan sudah memberi amaran kepada kerajaan Algeria supaya tidak campurtangan dalam hal ehwal mereka.

Tetapi, jurucakap pemberontak di Doha, Mahmoud Shammam, bersikap lebih berhati-hati.

"Kami tidak tahu siapa ada di dalam. Kami percaya ada orang menginap tempat itu dan dia mengetuai usaha melawan kami. Ini adalah istana terakhir Gaddafi," katanya.

Pertempuran masih berlaku di beberapa tempat di Tripoli antara pemberontak dan penyokong Gaddafi.

Dua juta orang tinggal di ibu kota Libya itu. – AP/AFP


Tiada ulasan:

Catat Ulasan