Ahad, 3 Julai 2011

Kosmo Online - Dunia

Kosmo Online - Dunia


Gaddafi ancam serang Eropah

Posted:

Gaddafi ancam serang Eropah

Gaddafi ancam serang Eropah


SEKUMPULAN kanak-kanak yang menyokong pemimpin Libya, Muammar Gaddafi menyertai satu tunjuk perasaan anti-Barat di Tripoli semalam.


TRIPOLI - Pemimpin Libya, Muammar Gaddafi berikrar untuk menyerang kediaman, pejabat dan keluarga orang ramai di Eropah untuk membalas dendam serangan udara Pertubuhan Perjanjian Atlantik Udara (NATO) ke atas Libya. Ancaman Gaddafi bagaimanapun diperlekeh Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Hilary Clinton yang menyatakan, pemimpin Libya berusia 69 tahun itu sepatutnya meletak jawatan dan bukan membuat ugutan.

Dalam satu ucapan telefon yang disiarkan kepada sekitar 100,000 penyokongnya di Dataran Hijau, di sini, Gaddafi mengesa NATO menghentikan kempen pengebomannya atau berdepan risiko melihat pejuang-pejuang Libya membanjiri Eropah seperti kawanan belalang. "Berundur, anda (NATO) tidak akan ada peluang untuk menewaskan pejuang-pejuang negara ini yang berani," kata Gaddafi dalam ucapannya kelmarin.

"Mereka boleh menyerang kediaman kamu, pejabat kamu dan keluarga kamu yang akan menjadi sasaran ketenteraan seperti kamu (Barat) menjadikan rumah kami, pejabat kami dan kanak-kanak kami sebagai sasaran," katanya.

Gaddafi bersama anak lelakinya, Seif Al-Islam Gaddafi dan ketua perisikannya, Abdullah Al-Sanussi dikenakan waran tangkap oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) yang beribu pejabat di The Hague, Belanda kerana jenayah kemanusiaan. Pemimpin Libya itu bagaimanapun berikrar akan berperang sehingga ke titisan darah terakhir. Beliau menganggap operasi NATO di Libya sebenarnya merupakan usaha Barat untuk merampas hasil minyak negara Afrika Utara itu. - Reuters

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

170,000 polis kawal pilihan raya

Posted:

170,000 polis kawal pilihan raya

170,000 polis kawal pilihan raya


CALON parti pembangkang utama, Yingluck Shinawatra yang merupakan adik perempuan bekas perdana menteri Thailand, Thaksin Shinawatra berkempen di Bangkok semalam.


BANGKOK - Parti-parti politik Thailand merayu undi pada saat-saat akhir semalam menjelang pilihan raya umum yang disifatkan penting untuk menentukan masa depan negara berkenaan yang kerap dicemari pertumpahan darah. Sekitar 170,000 anggota polis dikerahkan melindungi pusat-pusat mengundi sepanjang pilihan raya kali ini yang diadakan selepas setahun Bangkok dicemari insiden keganasan awam paling teruk dalam tempoh beberapa dekad.

Tinjauan pendapat menunjukkan pembangkang utama, Parti Puea Thai yang menyokong bekas perdana menteri Thailand, Thaksin Shinawatra mendahului Parti Demokrat pimpinan Perdana Menteri parti Abhisit Vejjajiva untuk memenangi pilihan raya hari ini. Dua parti politik utama itu giat berkempen di pusat bandar di sini yang merupakan lokasi pertempuran berdarah antara penunjuk perasaan dari parti pembangkang dengan pasukan keselamatan pada tahun lalu. Selepas pukul 6 petang waktu tempatan semalam, sebarang bentuk kempen politik adalah dilarang termasuk melalui laman jaringan sosial seperti Twitter dan Facebook serta laman blog di Internet.

"Mana-mana calon atau orang awam yang cuba meyakinkan orang lain supaya mengundi seseorang boleh dihukum penjara enam bulan atau didenda AS$324 (RM975) atau kedua-duanya sekali," kata jurucakap polis, Mejar Jeneral Prawut Thavornsiri. Menurutnya, tempoh beberapa jam sebelum pilihan raya merupakan tempoh bertenang bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini. Thaksin yang digulingkan dalam rampasan kuasa tentera pada tahun 2006 dan kini tinggal dalam buangan di Dubai, memilih adik bongsunya untuk bertanding jawatan Perdana Menteri pada pilihan raya kali ini dalam langkah yang dilihat dapat meningkatkan sokongan kepada pakatan pembangkang.

Namun, ramai penganalisis politik melihat Yingluck Shinawatra yang diramalkan menjadi perdana menteri wanita Thailand yang pertama, sebagai proksi politik abangnya. Beberapa jam terakhir sebelum kempennya tamat, Yingluck menyambut pengunjung di sini dengan menunjukkan satu jarinya untuk menggesa orang ramai supaya mengundi partinya. Parti Puea Thai berada pada nombor pertama senarai parti-parti yang bertanding dalam kertas undi. Thaksin masih disanjung oleh ramai penduduk di pedalaman Thai dan golongan pekerja di negara itu kerana polisinya yang bersifat populis seperti penjagaan kesihatan yang murah semasa beliau berkuasa.

Thaksin bagaimanapun dibenci golongan elit yang menganggap beliau korup dan mengancam institusi beraja di negara itu. "Selagi Thaksin ada, Puea Thai akan melakukan apa sahaja untuk mengembalikan harta Thaksin berjumlah AS $1.5 bilion (RM4.5 bilion) yang dirampas pihak berkuasa," kata Abhisit ketika berkempen kelmarin. "Negara ini tidak boleh bergerak ke hadapan sekiranya Puea Thai berkuasa. Puea Thai melakukan segalanya demi kepentingan seorang individu (Thaksin)," tambahnya. Mahkamah Thailand merampas sebahagian besar kekayaan bekas perdana menteri itu setelah beliau didapati bersalah kerana rasuah dan salah guna kuasa pada tahun lalu.

Dalam perkembangan berkaitan, kumpulan baju merah yang menyokong Thaksin menyatakan pembangkang pasti akan memenangi pilihan raya kali ini. "Saya percaya pembangkang akan memenangi pilihan raya ini tetapi adakah kami (pembangkang) akan berjaya membentuk kerajaan. Inilah yang kami risaukan," kata seorang pemimpin baju merah, Don Chainapun semalam. Tentera yang menyokong institusi beraja memantau setiap pilihan raya di Thailand dengan negara itu mengalami 18 cubaan rampasan kuasa sejak institusi beraja menamatkan kuasa mutlak pada 1932 untuk memberi laluan kepada sistem pemerintahan berparlimen. - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Ibu kembar lima rayu tidak diusir

Posted:

Ibu kembar lima rayu tidak diusir

Ibu kembar lima rayu tidak diusir


BIMBO AYELABOLA bersama bayi kembar limanya.


LONDON - Seorang wanita warga Afrika merayu dibenarkan tinggal di Britain selepas dia melahirkan anak kembar lima di negara berkenaan, lapor sebuah akhbar semalam. Wanita berusia 33 tahun dan berasal dari Nigeria itu, Bimbo Ayelabola dilaporkan memohon visa untuk mengunjungi Britain beberapa hari selepas dia disahkan hamil. Semasa berada di Britain, Bimbo mendapat pembiayaan agensi Perkhidmatan Kesihatan National (NHS) iaitu agensi kesihatan Britain selepas ujian imbasan menunjukkan dia mengandung anak kembar.

Selepas beberapa bulan berada di bawah jagaan NHS dengan kos rawatan mencecah £200,000 menggunakan wang pembayar cukai, Bimbo melahirkan anak kembar lima melalui kaedah pembedahan pada 28 April lalu.

Dua bulan kemudian, ibu berkenaan memohon untuk tinggal lebih lama di Britain kerana anak-anak kembarnya - dua lelaki dan tiga perempuan, terlalu kecil untuk melakukan perjalanan jauh. Anak-anak Bimbo tidak memiliki hak kerakyatan secara automatik walaupun mereka dilahirkan di Britain.

"Saya bukan berniat untuk mengambil kesempatan untuk mendapatkan jagaan percuma di Britain. Kebanyakan keluarga saya berada di negara ini, justeru saya memutuskan untuk melawat mereka di sini," katanya.

Menurut wanita itu, suaminya, Ohi, 37, pula lari meninggalkannya kerana tidak sanggup memikul tanggungjawab menyara anak-anak mereka. - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan