Harian Metro: Global |
Posted: 12 Jul 2011 08:39 AM PDT LOS ANGELES: Dua bulan selepas menangguhkan kemunculan semula di Hollywood ekoran pendedahan skandal seks, Arnold Schwarzenegger kini bersedia menjadi tumpuan sekali lagi. Bekas hero filem aksi yang menjadi ahli politik itu dijadual memulakan penggambaran filem The Last Stand pada September ini.
"Kami sentiasa perlukan seorang ikon untuk filem begitu," katanya kepada sebuah laman sesawang hiburan Hollywood, semalam.
Laman sesawang Deadline Hollywood adalah sumber berita pertama melaporkan pembabitan Schwarzenegger dan ia disahkan majalah Entertainment Weekly.
Mei lalu, Schwarzenegger berkata, dia menangguhkan seketika perbincangan untuk menerbitkan filem baru Terminator serta projek lain bagi memberi perhatian kepada masalah peribadi.
|
Buaya kudung jadi tarikan pelancong Posted: 12 Jul 2011 08:37 AM PDT DARWIN: Seorang jurugambar sangat bertuah apabila berjaya merakamkan aksi yang jarang dapat diabadikan melalui lensa - seekor buaya besar melompat di Sungai Adelaide. Sepanjang 5.5 meter, Brutus ialah seekor buaya air masin yang hidup di sungai berkenaan dan menjadi perhatian di kalangan pelancong di Wilayah Utara Australia kerana keunikannya yang kudung.
Ketika gambar ini dirakamkan, Brutus cuba mencapai daging kerbau yang dihulurkan bersebelahan bot sarat berisi pelancong.
Aktiviti melihat aksi buaya melompat dari sungai adalah tarikan utama aktiviti pelancongan di kawasan berkenaan. - TS Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan