Ahad, 10 Julai 2011

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


‘Ibu saya di syurga bersama Diana’

Posted: 09 Jul 2011 08:10 AM PDT

WAJAH Diamond sebelum menghidap kanser.
WAJAH Diamond sebelum menghidap kanser.

CALGARY: Kanak-kanak pesakit kanser Diamond Marshall, 6, mungkin tidak dapat mencapai impiannya untuk bertemu Puteri Aurora di Disneyland.

Namun, pesakit cilik yang menghidap kanser tahap empat itu mencapai impiannya, semalam apabila dijemput hadir untuk menghadiahkan bunga kepada Duchess of Cambridge, Catherine Middleton di Calgary, Kanada. Diamond yang sangat teruja ketika bertemu Kate terus meluru ke arah isteri Putera William itu untuk memeluknya dan disambut mesra oleh wanita berkenaan.


Selain menghadiahkan bunga, Diamond turut mememberi Kate kotak berbentuk hati mengandungi gelang tanda persahabatan yang dibuatnya sendiri khas untuk Kate.

Ia adalah detik paling bahagia buat Diamond yang menderita kanser sarkoma sejak Februari lalu. Kanak-kanak malang itu sudah menjalani beberapa pembedahan, menghabiskan masa keluar masuk untuk rawatan di hospital, menjalani kemoterapi, selain mengalami keguguran rambut akibat kanser di perutnya. Diamond yang kehilangan ibu empat tahun lalu juga akibat kanser menulis surat kepada Kate untuk bertemu dengannya.


Suratnya yang menyentuh hati itu berbunyi: "Kepada Puteri Kate. Nama saya Diamond Ann dan saya berusia enam tahun. Saya diberi nama sempena Puteri Diana. Ibu saya, Memory kini berada di syurga bersama Puteri Diana. "Saya menghidap kanser dan menghabiskan banyak masa di hospital. Saya menonton perkahwinan anda di katil hospital. Anda kelihatan sangat cantik. Saya ingin sekali bertemu anda." Bapa Diamond, Lyall Marshall, 37, menghubungi Yayasan Impian Kanak-Kanak dan menghantar surat itu bersama suratnya sendiri meminta bantuan yayasan berkenaan supaya memunaikan impian anaknya.


Pada awal Jun lalu pihak yayasan terbabit menghubungi bapa Diamond dan dia dipilih untuk menghadiahkan bunga kepada Kate dalam lawatannya ke Calgary.

Sementara itu, Kate dan William kini berada di California selepas tiba dari Calgary untuk lawatan dua hari di Amerika Syarikat. Pasangan itu mempunyai jadual yang padat ketika berada di negara berkenaan. - DM

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Emma perlu masa kenali identiti diri sendiri

Posted: 09 Jul 2011 06:18 AM PDT

LONDON: Ketika penampilan di karpet merah sempena tayangan perdana filem akhir Harry Potter, aktres Emma Watson tidak dapat menahan sebak lalu menangis.

Sebagaimana jutaan peminat Harry Potter di seluruh dunia, aktres itu yang menjadi terkenal melalui watak Hermione membesar bersama filem berkenaan. Filem itu menjadikan Emma bintang ternama dan ikon fesyen, selain meraih pendapatan 24 juta pound (RM120 juta). Namun membawakan watak Hermione - kadangkala mempengaruhi hidupnya.


Bercakap secara eksklusif dengan the Mirror sebelum tayangan perdana, Emma berkata: "Tiada sedetik pun dalam sehari saya dapat mengatur hidup sendiri. Saya diarahkan jam berapa saya akan dijemput, jam berapa saya perlu makan dan bila saya boleh ke bilik air.

"Saya sudah menghabiskan masa lebih banyak menjadi orang lain berbanding diri sendiri.


"Saya selalu tahu siapa diri dan apa yang saya inginkan tetapi sekarang saya perlukan lebih masa untuk menentukan identiti diri sendiri. Emma hanya berusia 11 tahun dan belum pernah berlakon ketika watak Hermione diberikan kepadanya selepas menjalani uji bakat sebanyak 11 kali .


"Menonton filem terbaru Harry Potter, saya rasa saya sudah mempelajari banyak perkara selama 10 tahun ini. "Buat kali pertama, saya rasa benar-benar macam pelakon dan mempunyai gambaran apa yang boleh dilakukan sebagai pelakon. Ia cukup menyeronokkan," katanya. - DM

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan