Berita Harian: Dunia |
Ketua pemberontak kena tembak, dibakar Posted: 29 Jul 2011 12:58 PM PDT Dunia Abdel Fattah Younes BENGHAZI/NALUT: Ketua pemberontak tentera Libya ditembak mati dalam kejadian yang disyaki berpunca daripada pertelagahan dalam pergerakan menyingkirkan Muammar Gaddafi atau dibunuh oleh penyokong Gaddafi. Pembunuhan Abdel Fattah Younes yang dianggap misteri menjejaskan pergerakan anti Gaddafi ketika mereka semakin kukuh selepas diiktiraf negara Barat sebagai pemerintah baru Libya. Fattah juga bertahun-tahun dekat dengan pentadbiran Gaddafi sebelum berpaling tadah bagi menjadi ketua tentera Majlis Pentadbiran Kebangsaan (TNC).Penyokong yang berkabung kematiannya membawa mayat Fattah penuh dengan kesan tembakan dan dibakar ke medan utama di Benghazi, kubu kuat pemberontak di timur Libya. "Kami bawa mayatnya ke sini semalam. Dia ditembak kemudian dibakar. Dia menelefon kami pada 10 pagi (Khamis) dan memberitahu dia dalam perjalanan ke sini," kata anak saudara Fattah, Abdul Hakim. Fakta pembunuhan Fattah juga masih kabur selepas dia diminta ke Benghazi ketika berada di medan tempur di bandar Brega.
"Mereka harap dapat cetuskan perbalahan di kalangan pemberontak. Nampaknya ada tali barut (Gaddafi) di kalangan pemberontak. "Fattah berada di medan perang dan dipujuk kembali ke Benghazi dan dibunuh sebelum tiba di sana. Ini satu tamparan hebat kepada pemberontak," katanya lagi. Pembunuhan itu berlaku ketika pemberontak mula menyerang kawasan sebelah barat dan menerima lebih banyak daripada masyarakat antarabangsa yang diharapkan membolehkan mereka menerima aset berbilion dolar Libya yang dibekukan di negara asing. Selepas khabar angin bertiup kencang, pemimpin politik pemberontak, Mustafa Abdel Jalil memberitahu Fattah dan dua pengawal peribadinya dibunuh sebelum menghadiri sesi soal siasat dengan jawatankuasa kehakiman pemberontak mengenai isu ketenteraan. Tidak jelas di mana pembunuhan itu berlaku. Fattah tidak dipercayai ramai pemimpin kanan pemberontak kerana rekodnya sebelum ini menindas penentang Gaddafi. Tetapi, kematiannya dianggap memberi tamparan hebat kepada mereka kerana 30 negara sudah memberi pengiktirafan kepada mereka ketika kemajuan di medan perang agak perlahan. "Ramai ahli TNC adalah penyokong Gaddafi sejak lama dulu. Mereka adalah penasihat dan menyertai TNC selepas pemberontakan meletus beberapa lama," kata Geoff Porter, perunding agensi North Africa Risk Consulting. – Reuters Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
Posted: 29 Jul 2011 12:55 PM PDT Dunia SANJAY Singh anggap wang yang diterima selepas menjual tanah kepada penaja F1 menjejaskan kehidupannya. DANKAUR-SARLARPUR (India): Wang yang banyak tidak semestinya membawa kehidupan yang lebih baik sebaliknya menjadi lebih buruk. Itulah yang dialami beratus-ratus petani yang menjual tanah mereka bagi memberi laluan untuk membina litar perlumbaan sirkit Formula Satu (F1) India di sini. Seorang petani berkenaan, Sanjay Singh menyifatkan kehidupannya memang sukar tetapi mudah tidak lama dulu bagi keluarganya seramai enam orang.Mereka sangat rapat hasil daripada bercucuk tanam di sebidang tanah kecil yang ditanam timun, sayur dan tanaman lain. Kini, keadaan itu sudah lenyap. Pembinaan litar baru di luar New Delhi di sini bernilai AS$350 juta (RM1.03 bilion), dijadualkan menyaksikan pelancaran Grand Prix India yang pertama pada 30 Oktober depan tetapi ia juga mengubah hidup mereka menjadi tunggang langgang. "Kami menjual tanah kepada penganjur perlumbaan," kata Singh ketika memantau pembinaan rumah dua tingkatnya di kampung Dankaur-Sarlarpur yang bertentangan litar itu. "Kami bina rumah baru dan kini mempunyai kereta tetapi kami tidak gembira kerana sumber pendapatan hidup menerusi bercucuk tanam sudah dirampas," tambahnya. Di sekitar penempatan yang berdebu dihuni 500 keluarga, terletak 80 kilometer dari ibu negara, ada pembinaan berjalan menandakan penduduk yang ada wang membaiki rumah yang hampir roboh. – AFP Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan