Utusan Online - Luar Negara |
Posted: Libya: NATO serang penduduk
TRIPOLI 19 Jun – Libya menuduh tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) sengaja menjadikan orang awam sebagai sasaran dalam serangan mereka di ibu negara ini. Jurucakap kerajaan, Mussa Ibrahim mendakwa tiada sasaran ketenteraan berdekatan serangan NATO ke atas satu kawasan perumahan di ibu negara ini. Para pegawai Libya hari ini turut menunjukkan lima mayat termasuk dua kanak-kanak yang didakwa dibunuh dalam serangan udara NATO itu, kepada wartawan. Mussa mendesak NATO menamatkan tindakan ketenteraannya bagi membolehkan dialog diadakan selepas pertubuhan antarabangsa termasuk Liga Arab, Kesatuan Eropah (EU) dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengutarakan keperluan usaha politik untuk menamatkan konflik yang masuk bulan kelima itu di negara ini. Wartawan dibawa ke daerah Al-Arada, Tripoli sebelum pukul 1 pagi (7 pagi waktu Malaysia) bagi melihat pasukan penyelamat membantu mengeluarkan mangsa daripada runtuhan rumah pangsa dua tingkat. Koresponden AFP melihat dua mayat dikeluarkan daripada runtuhan berkenaan. Wartawan kemudian di bawah ke sebuah hospital di Tripoli di mana mereka ditunjukkan mayat seorang wanita dan dua kanak-kanak yang didakwa mempunyai hubungan keluarga yang terbunuh dalam serangan tersebut. Mussa melahirkan kebimbangan angka kematian akan meningkat kerana bangunan tersebut didiami sekurang-kurangnya 15 orang. Tiada kenyataan dikeluarkan oleh NATO berhubung serangan udara tersebut. NATO sebelum ini pernah melakukan kesilapan dalam menentukan sasaran serangan udara di mana kebanyakan mereka melibatkan pemberontak yang disangka tentera yang menyokong pemimpin Libya, Muammar Gaddafi. – AFP | ||
Wanita Indonesia jalani hukuman pancung Posted: Wanita Indonesia jalani hukuman pancungJEDDAH 19 Jun - Seorang wanita Indonesia menjalani hukuman pancung di Arab Saudi, semalam setelah didapati bersalah membunuh isteri majikannya. Hukuman itu mendapat kecam keras daripada kerajaan Indonesia. Wanita yang dikenali sebagai Roiaiti Beth Sabotti Sarona itu, menurut penterjemah daripada bahasa Arab, didapati bersalah membunuh Khairiya bint Hamid Mjilid dengan menetak kepalanya berkali-kali dengan pisau pemotong daging dan menikam lehernya, lapor agensi berita rasmi SPA yang memetik kenyataan Kementerian Dalam Negeri. Kenyataan itu tidak menyatakan motif pembunuhan tersebut. "Kerajaan Indonesia mendapati hukuman mati itu dilaksanakan tanpa mematuhi amalan antarabangsa berkaitan perlindungan konsul. "Kami tahu tentang kes itu dan dia telah mengaku melakukan pembunuhan, tetapi kami tidak diberitahu tentang waktu hukuman dijalankan," kata jurucakap Kementerian Luar Indonesia, Michael Tene. Kerajaan Indonesia akan memanggil Duta Arab Saudi di Jakarta untuk menyampaikan bantahan, katanya. Kira-kira 70 peratus daripada 1.2 juta rakyat Indonesia di Arab Saudi bekerja sebagai pembantu rumah. Hukuman pancung yang dilaksanakan di wilayah Mekah itu adalah hukuman mati yang ke-28 di Arab Saudi pada tahun ini. Pertubuhan hak asasi manusia, Amnesty International pada minggu lepas menggesa kerajaan Saudi menghentikan pelaksanaan hukuman mati, dengan berkata, bilangan hukuman tersebut yang dilaksanakan dalam tempoh enam minggu lalu meningkat dengan ketara. Kata Amnesty, sekurang-kurangnya 27 orang menjalani hukuman mati di Arab Saudi pada tahun ini, menyamai jumlah pesalah yang menjalani hukuman itu pada seluruh 2010. - AFP |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Luar Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan