Harian Metro: Global |
Hefner jadi pekak angkara Viagra Posted: 18 Jun 2011 06:31 AM PDT HUGH Hefner. HOLLYWOOD: Pengasas Playboy Hugh Hefner dikatakan sudah pekak kerana mengambil terlalu banyak pil Viagra, kata bekas kekasihnya, kembar Karissa dan Kristina Shannon. Bagaimanapun, Karrisa dan Kristina, 21, berkata kasanova berusia 85 tahun itu tidak akan berubah kerana dia tidak mahu kehilangan nafsu seksualnya.
"Kami boleh duduk di sampingnya tetapi dia tidak tahu apa yang kami bualkan," kata kembar itu lagi.
Karissa berkata: "Dia juga selalu lupa dengan nama haiwan peliharaan kami." Selasa lalu, tunang Hefner, Crystal Harris, 25, membatalkan perkahwinan mereka - mengatakan dia tidak rela berkongsi Hefner dengan wanita lain. Karissa dan Kristina yang tinggal bersama Hefner ketika berusia 18 tahun dikatakan menimbangkan untuk berpindah semula ke kediaman bos Playboy itu. - Agensi Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Benigno tak benar Marcos dikebumi di kubur pahlawan Posted: 18 Jun 2011 06:28 AM PDT MANILA: Presiden Filipina Benigno Aquino memutuskan untuk tidak membenarkan mayat pemimpin diktator negara itu Ferdinand Marcos dikebumikan di kawasan perkuburan pahlawan kebangsaan, kata jurucakapnya, semalam. Ketua Jabatan Pembangunan Komunikasi dan Perancangan Strategik di pejabat Presiden, Ricky Carandang memberitahu Presiden masih belum membuat keputusan sama ada Marcos akan diberi penghormatan ketenteraan ketika dikebumikan di tempat asalnya, Ilocos Norte.
"Isu yang ingin diselesaikan ialah sama ada Marcos berhak mendapat penghormatan ketenteraan sebagai bekas askar. Beliau adalah mejar tentera ketika Perang Dunia Kedua," katanya. - Reuters Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan