Rabu, 25 Mei 2011

Utusan Online - Luar Negara

Utusan Online - Luar Negara


Lakukan siasatan penuh

Posted:

Lakukan siasatan penuh

Lakukan siasatan penuh

ISTANBUL 25 Mei - Badan kehakiman Turki didesak supaya menjalankan siasatan menyeluruh mengenai skandal video seks melibatkan anggota kanan Parti Pergerakan Nasionalis (MHP) dan bertindak terhadap dalang yang menyiarkan rakaman itu.

Gesaan tersebut semakin lantang disuarakan ketika Turki terus digemparkan dengan skandal video seks berturut-turut menjelang pilihan raya umum 12 Jun ini.

Artikel 139 Kanan Keseksaan Turki menghendaki 'aduan' daripada mangsa sebelum pendakwaan dan siasatan boleh dijalankan mengenai kesalahan yang digambarkan sebagai 'Kesalahan Mencabul Privasi'.

Namun, pemerhati berkata, badan kehakiman perlu bertindak terhadap mereka yang melakukan jenayah itu sekalipun tiada aduan kerana video tersebut diperoleh dan diedarkan secara haram.

Perbuatan itu juga dipercayai dirancang oleh golongan tertentu untuk mempengaruhi proses pilihan raya, kata mereka.

Bekas Pendakwa Raya, Resat Petek berkata, terdapat jenayah ancaman dan peras ugut terhadap ahli-ahli politik MHP selain unsur-unsur jenayah terancang kerana pelaku jenayah menggunakan laman Internet yang sama untuk menyiarkan video seks itu.

"Campur tangan sering kali berlaku dalam proses politik di Turki dan bukan perkara luar biasa jika muncul pita video, rakaman suara dan rakaman jenis lain pada waktu-waktu kritikal dari segi politik.

"Badan kehakiman perlu berwaspada dan bertindak terhadap dalangnya," katanya.

Presiden Abdullah Gul turut mengutuk skandal itu yang disifatkannya amat menjijikkan.

"Peras ugut seperti ini bukan sahaja jelik tetapi juga berbahaya kerana jika ia berlaku dalam satu bentuk hari ini, ia boleh berlaku dalam bentuk lain esok.

"Kalau seseorang menjadi sasarannya hari ini, orang lain boleh menjadi mangsanya esok, kerana itu kita mesti bertegas mengatakan 'tidak' dan bertindak terhadap dalangnya," kata Gul. - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Hosni Mubarak hadapi tuduhan membunuh

Posted:

Hosni Mubarak hadapi tuduhan membunuh

Hosni Mubarak hadapi tuduhan membunuh

KAHERAH 25 Mei – Bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak semalam diarah menjalani perbicaraan atas tuduhan membunuh penunjuk perasaan dalam kes yang boleh membawa hukuman mati.

Keputusan Peguam Negara itu menamatkan spekulasi kononnya tentera yang memerintah Mesir akan menyelamatkan Mubarak daripada sebarang hukuman keras dan diaibkan di mata umum.

Mubarak yang disingkirkan pada 11 Februari lalu ekoran protes besar-besaran yang menuntut beliau berundur, disoal siasat mengenai peranannya berhubung tindakan pasukan keselamatan yang menyebabkan kematian lebih 800 penunjuk perasaan, selain disiasat berkaitan dakwaan rasuah.

Peguam Negara, Abdel Meguid Mahmoud berkata, Mubarak yang kini ditahan di sebuah hospital di pusat peranginan Sharm el-Sheikh, akan dibicarakan atas beberapa tuduhan termasuk melakukan 'pembunuhan terancang', yang boleh membawa hukuman mati.

Perkembangan di Mesir, negara paling ramai penduduk di dunia Arab, akan memberi kesan di seluruh rantau itu yang telah digegarkan dengan protes dan kekacauan.

Membicarakan Mubarak atas tuduhan tersebut boleh menyebabkan pemimpin Arab lain keberatan untuk melepaskan kuasa, kata penganalisis.

Dua anak lelaki bekas Presiden itu, Alaa dan Gamal turut dirujuk kepada mahkamah jenayah atas tuduhan sama, menurut kenyataan Peguam Negara itu.

Keputusan tersebut diumumkan beberapa hari sebelum satu lagi demonstrasi dijadual berlangsung di Dataran Tahrir, tengah Kaherah, iaitu tempat yang menjadi medan pemberontakan pada Februari lalu.

Aktivis menggesa penduduk keluar beramai-ramai pada Jumaat ini untuk menuntut proses pembaharuan dipercepatkan dan Mubarak serta sekutunya dibicarakan secara terbuka.

"Setiap kali golongan muda mengancam untuk mengadakan protes besar-besaran di Dataran Tahrir, mereka (tentera) akan membuat beberapa konsesi," kata ahli sains politik, Hassan Nafaa. – Reuters

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan