Berita Harian: Dunia |
Ujian DNA sahkan Osama terbunuh Posted: 02 May 2011 02:26 PM PDT Dunia RIBUAN warga New York membanjiri jalan di sekitar 'Ground Zero' awal pagi semalam meraikan kematian Osama bin Laden. - Foto AP WASHINGTON: Ujian DNA mengesahkan bahawa Osama bin Laden sudah meninggal dunia, kata seorang pegawai Amerika Syarikat semalam, sehari selepas serangan tentera khas Amerika Syarikat terhadap pemimpin al-Qaeda itu di Pakistan. Pegawai terbabit yang enggan mendedahkan nama mengesahkan satu DNA sepadan mayat Osama yang dilakukan ujian sebelum disemadikan di laut selepas serangan di Pakistan terbabit. "DNA Osama didapati sepadan dengan beberapa ahli keluarga. Dan didapati sekurang-kurangnya 99 peratus DNA terbabit menyamai Osama bin Laden," kata pegawai kedua kepada AFP. Sementara itu, ulama Islam menyifatkan pengebumian jenazah Osama di laut bertentangan Islam dan boleh mencetuskan kemarahan militan untuk membalas dendam dengan mensasarkan Amerika Syarikat.Walaupun banyak yang dipertikaikan membabitkan pengebumian terbabit termasuk dari segi ajaran Islam sendiri, sekumpulan cendikiawan Islam menyifatkan ia sebagai menghina iaitu tidak mengikut amalan Islam dengan mengebumikan mayat di dalam kubur dengan mukanya mengadap Kiblat. Mereka menegaskan bahawa pengebumian di laut hanya dibenarkan dalam kes di mana kematian berlaku di dalam kapal. "Amerika Syarikat mahu menghina masyarakat Islam dengan melakukan pengebumian berkenaan," kata Omar Bakri Mohammed seorang guru agama di Lubnan. Presiden Barack Obama berkata jenazah Obama dikendalikan mengikut ajaran Islam yang menuntut supaya disegerakan pengebumian. Bagaimanapun Omar Bakri menyifatkan sebagai satu 'kesilapan' yang boleh mencetuskan kemarahan. Sementara itu, di NEW YORK beribu-ribu orang membanjiri jalan di sekitar 'Ground Zero' awal pagi semalam untuk meraikan kematian Osama bin Laden yang didakwa menjadi perancang serangan pengganas 11 September yang meninggalkan kesan mendalam terhadap penduduk New York. Saudara mara lebih 2,700 orang yang terbunuh dalam serangan pesawat terhadap World Trade Center di sini pada 11 September 2001 itu – termasuk anggota bomba dan polis yang terbabit dalam usaha menyelamat – membanjiri jalan sejurus selepas pengumuman dibuat mengenai kematian pemimpin kumpulan Al-Qaeda berkenaan di Pakistan. "Tidak ada kegembiraan yang lebih besar daripada berita ini dalam hidup saya," kata Harry Gomez, seorang anggota pengawal kebangsaan yang menjadi orang pertama ke Ground Zero – tapak dua menara World Trade Center yang roboh akibat dirempuh dua pesawat penumpang dirampas pengganas pada hari malang berkenaan yang mengejutkan dunia dan mencetuskan 'perang menentang keganasan' dilancarkan bekas Presiden George W Bush. Ketua polis Raymond Kelly menganggap kematian Osama sebagai berita yang dinanti-nantikan keluarga mangsa. "Penduduk New York menanti selama 10 tahun untuk mendengar berita ini," kata Datuk Bandar, Michael Bloomberg. – AFP/AP Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komenFull Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
‘Al-Qaeda pasti terus wujud’ Posted: 02 May 2011 02:25 PM PDT Dunia KABUL: Kematian Osama bin Laden diraikan di seluruh dunia semalam dengan ramai yang menganggapnya sebagai kemenangan untuk keadilan, namun ada yang mengingatkan bahawa perkembangan itu bukan bererti serangan pengganas akan berakhir."Al-Qaeda akan terus wujud," kata Haroun Mir, seorang penganalisis di sini, yang menyatakan kematian Osama di Pakistan mengesahkan dakwaan selama ini bahawa negara jiran itu dijadikan tempat persembunyian oleh kumpulan pengganas. Chairul Akbar, setiausaha agensi antipengganas di Indonesia yang juga sering menjadi sasaran kumpulan yang mempunyai kaitan dengan Al-Qaeda, menyatakan kegembiraannya terhadap kematian Osama. "Kami mengalu-alukan kematian manusia paling bahaya ini dan menghargai usaha Amerika Syarikat menghancurkan musuh dunia ini," katanya."Osama tidak harus dibenarkan hidup kerana dia menyebarkan ideologi bahaya, termasuk ke Indonesia." Pengerusi pertubuhan Muslim terbesar Indonesia, Nahdlatul Ulama, Said Agil Siradj, berkata kematian Osama membantu memulihkan imej Islam yang menolak keganasan dan sifat radikal. "Bagaimanapun, saya tidak rasa keganasan akan terhenti dengan kematian Osama," kata," katanya.
Lebih 260 orang, kebanyakannya pelancong asing terbunuh dalam beberapa siri serangan pengganas di Indonesia yang dilancarkan oleh kumpulan yang didakwa mempunyai kaitan dengan Al-Qaeda. Brian Deegan, seorang peguam di Adelaide, bandar di selatan Australia yang kehilangan anak lelaki berusia 21 tahun, Josh dalam serangan kumpulan berkaitan Al-Qaeda di Bali pada 2002, berkata beliau tidak mendapat sebarang kepuasan mendengar kematian Osama. "Tidak ada apa yang boleh mengembalikan anak saya. Namun, saya rasa lebih selamat berhubung masa depan tiga anak saya yang lain," kata Deegan.
"Kempen menentang pengganas harus diteruskan dan negara yang menjadi mangsa harus bersatu melancarkan kempen ini," katanya. – AP
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan