Berita Harian: Dunia |
Penduduk Misrata semakin terdesak Posted: 20 Apr 2011 05:06 PM PDT Dunia PENDUDUK yang kekurangan bekalan makanan melihat roti melalui cermin sebuah kedai di Misrata. MISRATA, Libya: Pemimpin kumpulan pemberontak membuat rayuan semalam agar negara Barat segera menghantar tentera ke bandar ketiga terbesar Libya itu bagi menyelamatkan penduduknya yang semakin terdesak dengan kekurangan bekalan makanan, bahan api dan ubat. Penduduk di bahagian selatan bandar pelabuhan itu yang dikuasai tentera Muammar Gaddafi terpaksa mencuri keluar menerusi lorong kecil untuk mencari bekalan makanan dan bahan api. Ramai wanita dan kanak-kanak dilihat dirawat di hospital akibat kecederaan daripada letupan roket dan bom kluster yang ditembak oleh tentera Gaddafi.Berhampiran kawasan pelabuhan, buruh dari negara Afrika seperti Niger dan Chad berlindung di dalam khemah, menunggu kapal berlabuh untuk membawa mereka keluar dari negara bergolak sejak tujuh minggu lalu itu. Misrata menjadi rebutan di antara tentera Gaddafi dan kumpulan pemberontak yang mendapat bantuan serangan udara negara Barat berikutan ia adalah pusat komersial dan aktiviti pemborongan bagi Libya. Ia mempunyai banyak gudang besar yang digunakan untuk menyimpan bekalan makanan dan barang import yang dibawa masuk oleh kapal dagang.
Bahan api untuk menjana bekalan elektrik turut semakin berkurangan. "Kami sekarang menjana kurang daripada 20 peratus bekalan elektrik sebelum pertempuran bermula," kata Saleh Siwy, ketua unit kejuruteraan majlis perbandaran Misrata. Kebanyakan bekalan elektrik yang dijana disalurkan ke tiga hospital yang masih beroperasi, namun Siwy enggan mendedahkan dari mana bekalan itu dijana. "Jika Gaddafi tahu di mana kami jana elektrik, beliau akan segera mengebomnya," kata beliau. Sementara itu, ketua badan hak asasi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Navi Pillay membidas kerajaan Libya kerana menggunakan bom kluster terhadap kawasan awam di Misrata. Beliau berkata serangan sedemikian mengundang dakwaan di mahkamah jenayah antarabangsa. Dalam satu kenyataan, Pillay berkata salah satu daripada bom kluster itu dijatuhkan dan meletup beberapa ratus meter dari sebuah hospital, manakala dua klinik lain diserang mortar dan tembakan. – AFP Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Pekerja TEPCO hadapi risiko murung, mati Posted: 20 Apr 2011 05:05 PM PDT Dunia Kerja tanpa henti, tidak dibenar keluar dari loji nuklear FukushimaFUKUSHIMA: Pekerja Tokyo Electric Power Co (TEPCO) yang terbabit dalam usaha menstabilkan loji nuklear Fukushima Daiichi (pertama) yang terjejas akibat malapetaka bulan lalu, berhadapan dengan risiko kemurungan dan kematian akibat terlebih kerja, kata doktor yang memeriksa keadaan mereka semalam. Agensi berita Kyodo melaporkan pekerja itu bukan saja bekerja dalam keadaan berbahaya tetapi berasakan tanggungjawab moral kepada syarikat yang dituduh mengakibatkan bencana nuklear, kata Takeshi Tanigawa. Malah, sebahagian pekerja sendiri adalah mangsa tsunami dan gempa bumi pada 11 Mac yang mencetuskan krisis nuklear dan berdepan kematian keluarga dan rakan, mereka terdedah dengan pelbagai tekanan, katanya."Ramai mengadu sukar tidur dan menghadapi risiko kemurungan dan kematian berikutan lebih kerja jika ia berterusan," katanya selepas memeriksa sebahagian 90 pekerja TEPCO sejak Sabtu lalu. Akhbar Japan Today melaporkan selepas seharian bekerja, pekerja yang sudah dinyah cemar dihantar ke loji nuklear Fukushima Daini (kedua), yang terletak 10 kilometer ke selatan untuk tidur di lantai gimnasium dengan beg tidur dan selimut. Tikar tatami di lantai turut menahan mereka daripada kesejukan, katanya. Ada juga pekerja yang bekerja tanpa henti dan tidak dibenarkan keluar pada satu-satu masa, katanya.
Pekerja selain pegawai kanan yang bekerja syif empat hari dan dua hari cuti tetapi tidak dibenarkan mandi sepanjang empat hari bekerja walaupun berpeluh teruk dalam pakaian perlindungan radiasi, katanya. "Tidak mampu untuk berasa segar, mereka bukan saja terdedah dengan pelbagai jenis penyakit termasuk kulit malah mungkin akan melakukan kesilapan di tempat kerja, kata Tanigawa yang juga profesor di Universiti Perubatan Ehime yang menjadi doktor sambilan industri di loji itu sejak 1991 memberi amaran. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan