Rabu, 9 Februari 2011

Kosmo Online - Dunia

Kosmo Online - Dunia


Hosni dikunjungi Menteri Luar UAE

Posted:

Hosni dikunjungi Menteri Luar UAE

Hosni dikunjungi Menteri Luar UAE


HOSNI MUBARAK (kanan) berbual dengan Sheikh Abdullah di Istana Presiden di Kaherah semalam.


KAHERAH - Presiden Mesir, Hosni Mubarak yang kini berdepan protes daripada rakyat yang menuntut pengundurannya semalam menerima kunjungan Menteri Luar Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Abdullah Zayed al-Nahayan.

Pertemuan itu merupakan kunjungan luar negara pertama yang diterima Hosni sejak Mesir dilanda pergolakan yang mendesak beliau meletakkan jawatan.

Hosni menerima kunjungan Sheikh Abdullah yang merupakan saudara lelaki pemerintah UAE sekarang, Sheikh Khalifa bin Zayed Al-Nahayan di Istana Presiden di sini.

Sebelum kunjungan itu, kerajaan UAE mengeluarkan kenyataan mengecam 'percubaan kuasa luar untuk campur tangan dalam hal dalaman Mesir'.

Kecaman itu disifatkan oleh ramai pemerhati politik ditujukan kepada Iran yang dianggap para pemerintah Arab sebagai cuba menggugat kestabilan di negara mereka. Sejak dua minggu lalu, protes besar-besaran diadakan di Kaherah dengan penunjuk perasaan menawan Dataran Tahrir di pusat bandar bagi menuntut Hosni meletakkan jawatan bagi membolehkan reformasi ke arah demokrasi dimulakan. - AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Peserta program realiti televisyen dakwa pernah jadi kekasih Tevez

Posted:

Peserta program realiti televisyen dakwa pernah jadi kekasih Tevez

Peserta program realiti televisyen dakwa pernah jadi kekasih Tevez


CARLOS TEVEZ bergambar bersama dua anaknya di Stadium Manchester, England pada 15 Januari lalu.


LONDON - Seorang peserta siri realiti televisyen, Claudia Ciardone mendakwa dia menjalin hubungan dengan bintang bola sepak kelab Manchester City, Carlos Tevez, lapor sebuah akhbar semalam.

Menurut akhbar The Sun, dia menjalin hubungan itu semasa Tevez masih mempunyai seorang kekasih yang juga seorang pelakon, Brenda Asnicar.

Claudia yang berambut perang dan berusia 28 tahun itu berkata, dia mula menjalin hubungan sulit dengan Tevez dari Argentina menjelang pertandingan bola sepak Piala Dunia 2010.

Namun, katanya, dia meninggalkan Tevez, 27, selepas mendapat tahu bahawa bintang bola sepak itu menjalin hubungan dengan Asnicar, 19, yang membintangi siri televisyen Ugly Betty.

"Saya bersama Tevez sebelum, semasa dan selepas Piala Dunia. Saya memutuskan hubungan dengannya selepas mengetahui dia telah mempunyai teman wanita," katanya dalam satu program televisyen Argentina.

Claudia sebelum ini muncul dalam siri realiti Big Brother dan Dancing on Ice, kedua-duanya versi Argentina.

Selepas pendedahan tersebut disiarkan media Barat, bintang Manchester City tersebut yang dibayar gaji £150,000 (RM733,573) seminggu, menafikan dakwaan Claudia.

"Dengar sini, saya fikir mereka (Claudia dan pihak media) membabitkan saya dalam perkara yang tiada kena mengena dengan saya," kata Tevez.

Pada tahun lalu, Tevez berpisah dengan isterinya, Vanesa yang telah melahirkan dua cahaya mata semasa mereka hidup bersama. - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Hakim larang penghendap dekati pengasas Facebook

Posted:

Hakim larang penghendap dekati pengasas Facebook

Hakim larang penghendap dekati pengasas Facebook


RUMAH sewa Mark Zuckerberg yang terletak di Palo Alton, California.


PALO ALTO, Amerika Syarikat (AS) - Pengasas bersama Facebook, Mark Zuckerberg berjaya mendapatkan perintah daripada mahkamah bagi melarang seorang lelaki menghendap, mengganggu dan mengancamnya, lapor laman hiburan TMZ kelmarin.

Zuckerberg, 26, memfailkan perintah tersebut terhadap lelaki berusia 31 tahun itu, Pradeep Manukonda yang didakwa cuba mengekori, menghendap dan menghubunginya dengan menggunakan kata-kata yang mengancam keselamatan dirinya, teman wanita dan saudara perempuannya.

"Tolonglah bantu saya, saya bersedia mati untuk anda. Tolong fahami penderitaan saya," menurut satu mesej daripada Manukonda di Facebook kepada Zuckerberg.

Sumber-sumber pihak berkuasa memberitahu TMZ bahawa Manukonda cuba bersemuka dengan Zuckerberg di rumah pengasas laman web itu dan di beberapa pejabat Facebook di sini, negeri California, untuk meminta bantuan kewangan kepada keluarganya.

Menurut sumber berkenaan, lelaki itu turut menghantar bunga dan sepucuk surat bertulisan tangan ke rumahnya pada 28 Januari lalu.

Ekoran itu, seorang hakim mengarahkan Manukonda supaya berada pada jarak sekurang-kurangnya 274 meter dari Zuckerberg, saudara perempuan pengasas laman itu, Randi dan teman wanitanya, Priscilla Chan sehingga satu perbicaraan diadakan lewat bulan ini.

Muka surat Facebook Zuckerberg digodam pada hujung Januari lepas. - Agensi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan