Rabu, 9 Februari 2011

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Rejim Zionis tersepit

Posted: 08 Feb 2011 10:20 AM PST

BEIRUT: Setiausaha Agung Hezbollah, Sayyed Hassan Nasrallah (gambar) semalam berkata, Israel mengenakan tekanan terhadap semua institusi politik di seluruh dunia untuk melindungi Presiden Mesir, Hosni Mubarak.

Beliau berkata, revolusi di Mesir dan Tunisia baru-baru ini memaksa Israel mengkaji semula strategi keselamatannya apabila mendapati dirinya terpencil di Timur Tengah selepas kehilangan satu demi satu sekutunya.


Sayyed Hassan bagaimanapun memberi amaran mengenai pendapat sesetengah pihak bahawa revolusi di kedua-dua negara Arab itu adalah rekaan Amerika Syarikat (AS) dan agensi perisikan serta tenteranya.

Ketua Hezbollah itu menyifatkan anggapan itu sebagai tidak adil dan menghina kedua-dua negara Afrika Utara itu.


"Siapa yang boleh percaya bahawa AS akan berusaha menggulingkan rejim yang memenuhi segala permintaannya, rejim yang melindungi kepentingan dan projek Amerika di rantau ini?" katanya.


Beliau mengingatkan orang ramai dan kumpulan pejuang: "Mereka (AS) cuba menonjolkan diri mereka sebagai pelindung rakyat serta hak dan kepentingan mereka selepas puluhan tahun menyokong seorang pemerintah kuku besi paling teruk pernah kita lihat di rantau ini."

"Seperti yang ditunjukkan dalam keputusan kajian pendapat yang dijalankan oleh institusi akademik Amerika, majoriti penduduk di rantau ini menentang dasar AS.

"Jika rakyat menentang rejim sesebuah negara, pentadbiran Amerika akan berdiri di tengah-tengah dan tidak akan menyokong sengketa berdarah dengan rakyat kerana ia tahu kesan amat buruk akan menimpanya dan juga sekutunya," kata Sayyed Hassan.

"Ia akan cuba mempamerkan dirinya sebagai pelindung rakyat dan memberi jaminan beberapa bentuk peralihan kuasa kepada pihak yang akan mengekalkan hubungan dengannya dan melindungi kepentingannya," kata pemimpin Hezbollah itu.


Jutaan penduduk Mesir mengadakan tunjuk perasaan sejak dua minggu lalu untuk mendesak Hosni meletakkan jawatan. - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Eksekutif Google dedah pengalaman ditahan polis

Posted: 08 Feb 2011 10:19 AM PST

KAHERAH: Seorang eksekutif muda Google yang ditangkap ketika tunjuk perasaan menentang Presiden Hosni Mubarak berkata semalam, dia ditahan dengan matanya ditutup sepanjang 12 hari penahanannya.

Dalam satu wawancara penuh emosi dengan rangkaian televisyen Mesir, Dream 2, Ketua Pemasaran Google untuk Timur Tengah dan Afrika Utara, Wael Ghonim (gambar) menangis apabila mengenang mereka yang terbunuh dalam tunjuk perasaan selama dua minggu itu.


Wael mengaku memulakan satu kumpulan dalam laman rangkaian sosial Facebook dengan nama 'Kita Semua adalah Khaled Said' sebagai mengenang seorang lelaki Mesir yang diheret keluar dari sebuah kafe dan mati dipukul oleh polis Jun lalu, menurut aktivis hak asasi manusia.

Laman Facebook itu memainkan peranan penting dalam tunjuk perasaan antikerajaan pada 25 Januari dan merebak begitu pantas hingga menggoyangkan pemerintahan autokratik Hosni.


"Mata saya ditutup selama 12 hari. Saya tidak mendengar apa-apa. Saya tidak tahu apa yang berlaku," katanya, yang ditahan oleh polis Mesir sejak petang 27 Januari.


"Saya bukan wira. Saya tidur selama 12 hari. Wira adalah mereka di jalan raya, yang menyertai tunjuk perasaan, yang mengorbankan nyawa mereka, dipukul, ditangkap dan terdedah kepada bahaya," katanya. Apabila rangkaian televisyen itu menyiarkan imej beberapa pemuda yang terbunuh dalam tunjuk perasaan itu, Ghonim tunduk dan menangis. - AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan