Selasa, 22 Februari 2011

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Libya akan mandi darah: Saif

Posted: 21 Feb 2011 09:37 AM PST

TRIPOLI: Anak pemimpin Libya, Saif al-Islam Gaddafi, memberi amaran negara itu berdepan dengan perang saudara dan 'sungai darah' ketika keganasan pihak berkuasa masih gagal mengekang kebangkitan rakyat, semalam.

Ketika Saif al-Islam menjanjikan pelaksanaan reformasi di Libya dan menuduh kebangkitan rakyat didalangi kuasa asing, bunyi tembakan berterusan di jalan raya Tripoli.


Pertubuhan hak asasi manusia, Human Rights Watch (HRW), menyatakan jumlah korban protes antikerajaan meningkat kepada 233 orang.

Kata Saif al-Islam, 38, Libya kini berada di persimpangan.


"Jika kita tidak bersetuju mengenai reformasi hari ini, sungai darah akan mengalir di seluruh Libya," katanya melalui ucapan disiarkan stesen televisyen.


Tindakan itu dilihat usaha terdesak rejim Gaddafi meredakan kemarahan rakyat yang bosan dengan pentadbirannya sejak 41 tahun lalu.

Kata Saif al-Islam, kerajaan tidak akan berdiam diri dan akan berjuang 'sehingga peluru yang terakhir.' "Kita akan menghancurkan elemen penghasut. Jika semua orang bersenjata, perang saudara akan tercetus dan kita saling berbunuhan.


"Libya bukan Mesir atau Tunisia," katanya.

Tanpa diberikan peranan dalam politik Libya, dia dianggap mempunyai pengaruh besar dalam pentadbiran negara.


Sementara itu, Kementerian Luar Korea Selatan berkata, kira-kira 500 rakyat Libya menyerbu dan menjarah sebuah pusat pembinaan negara itu berhampiran Tripoli, menyebabkan 15 pekerja Bangladesh cedera.


Turut menjadi mangsa, tiga pekerja warga Korea Selatan.


Di London pula, syarikat petroleum gergasi Britain, BP, berkata pihaknya mengadakan persiapan mengeluarkan sesetengah pekerjanya dari Libya.


Negara kesatuan Eropah dilaporkan bekerjasama menyelaraskan kemungkinan membawa rakyat masing-masing meninggalkan Libya, terutama yang ada di Benghazi. - AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Stesen penyiaran, ibu pejabat parti diserbu

Posted: 21 Feb 2011 09:34 AM PST

KAHERAH: Penunjuk perasaan menyelongkar pejabat penyiaran milik kerajaan di Tripoli, Libya, semalam selain membakar pejabat cawangan Jawatankuasa Rakyat yang menjadi tulang belakang kerajaan negara itu.

Menurut saksi, ibu pejabat stesen televisyen al-Jamahiriya dan stesen radio al-Shababia diceroboh orang ramai.


Siaran kedua-dua stesen itu terganggu sepanjang Ahad sebelum pulih pagi semalam.

Saksi lain berkata, penunjuk perasaan membakar bangunan awam di ibu negara Libya itu.


Antara yang menjadi sasaran mereka adalah balai polis tempatan.


Pusat Persidangan Rakyat yang terletak di kawasan penempatan Hay al-Andalous - lokasi yang sering menjadi pusat perhimpunan menyokong kerajaan dan mesyuarat rasmi - turut dibakar penunjuk perasaan. - AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan