Rabu, 5 Januari 2011

Utusan Online - Luar Negara

Utusan Online - Luar Negara


Banjir jejas operasi lombong

Posted:

Banjir jejas operasi lombong

Banjir jejas operasi lombong


SATU krew berita merakam visual kawasan banjir di bandar Rockhampton, Queensland di Australia, semalam. – AFP


ROCKHAMPTON 5 Jan. – Banjir buruk di pantai timur Australia menyebabkan berlaku kerosakan meluas ke atas infrastruktur di negeri Queensland dan memaksa 75 peratus lombong arang batu di negeri itu, yang menggerakkan kilang keluli di Asia, menghentikan operasi.

Bencana tersebut telah merebak ke 40 bandar, berbanding 22 sebelum ini, dan pakar memberi amaran lumpur yang dihanyutkan ke laut mengancam Terumbu Great Barrier.

Banjir terburuk dalam beberapa dekad itu telah menjejaskan kawasan sebesar Jerman dan Perancis, menjadikan bandar-bandar bertukar menjadi pulau di tengah lautan berlumpur, memusnahkan tanaman, memutuskan hubungan kereta api dan perhubungan jalan darat dengan pelabuhan arang batu, menjejaskan eksport dan menyebabkan harga arang batu di pasaran dunia melonjak.

"Sebanyak 75 peratus daripada lombong kami tidak beroperasi disebabkan banjir, sekali gus mendatangkan kesan besar terhadap pasaran antarabangsa dan pengeluaran keluli antarabangsa," kata Ketua Menteri Queensland, Anna Bligh di televisyen tempatan, hari ini.

Banjir tersebut yang mengakibatkan 22 bandar terputus hubungan berpunca daripada fenomena cuaca La Nina yang membawa hujan monsun di kawasan Pasifik barat dan Asia Tenggara.

La Nina yang dijangka berlarutan selama tiga bulan lagi menyebabkan Australia mengalami musim hujan ketiga paling buruk dalam sejarahnya pada tahun lepas.

Queensland ialah pengeksport terbesar arang batu di dunia.

"Queensland sebuah negeri yang sangat besar. Ia bergantung kepada sistem pengangkutan sebagai nadinya, dan sistem tersebut dalam sesetengah kes mengalami kerosakan meluas," kata Bligh.

Sementara itu penduduk di bandar-bandar yang terjejas bertungkus-lumus membina tambak daripada beg pasir dengan harapan untuk menyekat air yang semakin naik.

Di pekan Rockhampton, kenaikan paras air hanya 20 sentimeter boleh menyebabkan 400 buah rumah lagi tenggelam dan air sampai ke pintu depan 4,000 lagi kediaman.

"Kami berharap dijauhi mala petaka terburuk. Setiap sentimeter diambil kira," kata penyelaras bencana negeri, Ian Stewart. – Reuters

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Kes cubaan membunuh diri buka tirai 2011 di Jakarta

Posted:

Kes cubaan membunuh diri buka tirai 2011 di Jakarta

Kes cubaan membunuh diri buka tirai 2011 di Jakarta

Daripada SAHARUDIN MUSTHAFA
saharudin.musthafa@utusan.com.my

JAKARTA 5 Jan. - Tahun 2011 di sini dibuka dengan kejadian bunuh diri yang disifatkan sebagai trend baru di kalangan rakyat negara ini untuk melarikan diri daripada masalah.

Dalam tempoh empat hari pertama 2011 sahaja, polis merekodkan sekurang-kurangnya lima kes cubaan membunuh diri di daerah Jabodetabek.

Motif cubaan bunuh diri bagaimanapun, masih belum dipastikan, namun menurut pakar psikitari, ia berkaitan dengan tekanan hidup yang dihadapi oleh masyarakat.

Kelmarin sahaja, dua kes dicatatkan masing-masing di Jakarta Pusat dan Jakarta Barat.

Seorang lelaki berusia 40 tahun, Ayung didapati mati di perkarangan pusat membeli-belah Gajah Mada Plaza, Jakarta Pusat.

Hasil siasatan polis mendapati, Ayung terjun dari tingkat tiga tempat meletak kereta bangunan itu.

Sementara itu, di Jakarta Barat, seorang lelaki, Iwan berusia 37 tahun melompat dari tingkat 9, Hotel Boutique pada hari yang sama.

Iwan difahamkan berbuat demikian kerana masalah tekanan hidup.

Dia bernasib baik kerana terselamat biarpun mengalami kecederaan termasuk patah kaki serta luka di tangan, muka dan perut.

Menurut polis, Iwan tertekan kerana masalah rumah tangga.

Isnin lepas, di Kota Depok, Suparno yang berusa 42 tahun pula didapati mati selepas menggantung diri di dapur rumahnya.

Suparno menggantung dirinya dengan melilitkan lehernya kabel antena televisyen.

"Kami belum mengetahui motif mangsa membunuh diri. Agak sukar untuk kami melakukan siasatan kerana keluarga mangsa menolak untuk dilakukan bedah siasat ke atas mayat mangsa," kata Ketua Unit Rahsia dan Jenayah Polis Daerah Cimanggis, Inspektor Narta.

Narta, bagaimanpun menafikan Suparno membunuh diri kerana faktor ekonomi kerana latar belakang mangsa menunjukkan dia tidak miskin.

Pada hari yang sama, dua lagi kes bunuh diri dicatat iaitu Agus, 45, yang melompat dari tingkat enam pusat membeli-belah Blok M.

Seorang lagi mangsa, David Booth, 47, bangsa Inggeris yang mengajar di sebuah sekolah antarabangsa di Kota Bogor mati selepas mengambil ubat dan minuman keras yang berlebihan. - Utusan

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan