Berita Harian: Dunia |
Anak bongsu Shah Iran bunuh diri Posted: 05 Jan 2011 01:58 PM PST Dunia GAMBAR fail, Ali Reza bersama ibunya, Farah Pahlavi ketika hadir pada upacara pengebumian Puteri Monaco, Prince Rainier III, di Monte Carlo pada 2005.- Foto REUTERS BOSTON: Anak bongsu Shah Iran yang digulingkan dalam revolusi 1979, Putera Ali Reza Pahlavi, 44, meninggal dunia akibat menembak dirinya sendiri di Boston selepas mengalami kemurungan berikutan kehilangan bapanya dan pergolakan politik yang berlaku di negaranya. "Dengan perasaan amat dukacita kami ingin memaklumkan kepada semua pihak kematian Putera Ali Reza Pahlavi," kata abang sulung putera itu Reza Pahlavi dalam laman webnya. Beliau berkata, Ali Reza yang sedang belajar di Universiti Havard, mengalami kemurungan dan tekanan berikutan pelbagai masalah politik yang berlaku di Iran."Seperti berjuta-juta generasi muda Iran yang amat terganggu dengan kemelut politik di tanah air tercinta, Ali menghadapi tekanan berikutan kehilangan bapa dan kakaknya dalam usia muda."Walaupun Ali Reza berusaha bersungguh-sungguh sejak sekian lama untuk mengatasi kesedihannya, adik kami akhirnya mengalah dan pada malam 4 Januari, beliau mengambil nyawanya sendiri, meninggalkan keluarga dan rakan rapat dengan kesedihan yang amat sangat," kata Pahlavi. Polis tidak dapat mengesahkan kematian putera itu tetapi sumber pihak berkuasa menyatakan: Saya boleh mengesahkan seorang lelaki dewasa berusia pertengahan 40-an ditemui mati di 141 West Newton Street di Boston. "Beliau meninggal dunia akibat luka tembakan. Punca kematian masih disiasat, tetapi kami yakin ia bukan pembunuhan," katanya. Beliau memiliki ijazah sarjana muda dari Universiti Princeton pada 1984 dan ijazah sarjana dari Universiti Columbia pada 1992, Ali Reza yang masih bujang sedang mengambil ijazah kedoktoran di Universiti Harvard di Cambridge, Massachusetts dalam bidang philologi (kajian perkembangan bahasa) dan penyelidikan Iran Purba. Tidak seperti abangnya, Ali Reza yang disifatkan seorang yang sensitif, setia dan bijak, menjauhi media ketika tunjuk perasaan selepas pilihan raya Iran 2009 yang dimenangi Presiden Mahmoud Ahmadinejad. Sementara itu rakyat Iran terutama mereka yang tinggal di luar negara melahirkan rasa dukacita berikutan kematian Ali Reza dan menyifatkan ia sebagai simbol terputusnya hubungan Iran dengan era sebelum revolusi. Agensi berita Iran bagaimanapun hanya menyiarkan laporan ringkas dengan tajuk "Anak lelaki bekas diktator membunuh diri". – AFP Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komen |
‘AS patut hantar Oliver Stone sebagai duta ke Venezuela’ Posted: 05 Jan 2011 01:56 PM PST Dunia CARACAS: Presiden Hugo Chavez membuat jenaka kelmarin bahawa Amerika Syarikat sepatutnya menghantar pengeluar filem Oliver Stone, pelakon yang juga aktivis Sean Penn atau ahli bahasa Noam Chomsky untuk menjadi duta ke Venezuela di tengah pertikaian diplomatik di antara kedua negara."Saya amat berharap mereka mencalonkan Oliver Stone, saya akan memilihnya atau Sean Penn atau Chomsky. Kami mempunyai ramai rakan di sana," kata Chavez ketika barisan menterinya tergelak besar dalam majlis disiarkan secara langsung di televisyen VTV. Dokumentari terbaru Stone South of the Border mengisahkan pemimpin haluan kiri Latin Amerika termasuk Chavez. Ogos lalu Chavez mengumumkan beliau akan 'mengundi' calon Presiden Barack Obama, Larry Palmer selepas diplomat veteran itu memberitahu satu perbicaraan pengesahan Senat bahawa Venezuela melindungi gerila haluan kiri dari Colombia dan tenteranya di bawah pengaruh Cuba dan memiliki moral yang rendah.Lewat tahun lalu kerajaan Chavez secara rasmi menarik balik kelulusan diplomatik terhadap Palmer dan pentadbiran Obama kemudian membatalkan visa Amerika untuk Bernardo Alvarez, duta Venezuela ke Washington. Isnin lalu Jabatan Negara memberi bayangan ia mungkin menamakan duta baru, memaklumkan bahawa Palmer tidak pernah mendapat kelulusan Senat. Jurucakap Jabatan Negara Philip Crowley berkata pentadbiran itu secara tidak rasmi menggugurkan pilihannya ke atas Palmer namun "pencalonannya secara rasmi tamat tempoh dengan tamatnya Kongres terakhir."
Ditanya jika mungkin ada calon selain Palmer, Crowley membalas: "Ini isu yang kami nilaikan, anda tahu, kini sudah tahun baru." – AFP
|
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan