Selasa, 25 Januari 2011

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Penyampai TV dapat upah Berlusconi

Posted: 24 Jan 2011 09:00 AM PST

ROME: Skandal seks Silvio Berlusconi dihangatkan lagi dengan dakwaan dia membayar lebih RM487,000 kepada seorang penyampai televisyen kerana menghadiri partinya, lapor media semalam.

Menurut akhbar, pendakwa menemui rekod bank menunjukkan Perdana Menteri Itali itu menyerahkan wang berkenaan kepada penyampai cuaca di televisyen, Alessandra Sorcinelli, pada Isnin minggu lalu.


Serahan itu dibuat hanya tiga hari selepas skandal seks Berlusconi terdedah kepada umum.

Bagaimanapun, di sebalik pelbagai tuduhan ke atasnya, undian menunjukkan, populariti Berlusconi di kalangan orang ramai semakin meningkat.


Undian akhbar Corriere Della Sera menunjukkan, sokongan kepada partinya meningkat kepada 30 peratus berbanding 27 peratus sebelum ini.


Laporan media menyatakan, pembayaran berperingkat - sebanyak RM41,455 sebulan - mula dibuat pada tahun lalu.

Mengenai pembayaran itu, pendakwa menemui mesej pesanan ringkas Alessandra kepada pembantu Berlusconi, Giuseppe Spinelli, berbunyi: "Ingin saya ingatkan anda segera mengenai pembayaran pindahan bank bernilai 10,000 euro."

Berdasarkan dokumen itu, wang berkenaan dinamakan 'pinjaman pendapatan tanpa faedah.' Sebelum ini, Berlusconi dikaitkan dengan seorang penari gelek dari Maghribi, Karima El Mahroug, 17, yang didakwa menjadi pemuas nafsu ahli politik terbabit dalam majlis di rumahnya.


Berlusconi turut dituduh memberi tekanan kepada pihak berkuasa apabila menghubungi polis bagi mendesak mereka membebaskan Karima yang ditahan atas kesalahan mencuri.

Sementara itu, seorang model, Esther Garcia Polanco, 25, mengaku mengadakan hubungan seks dengan Berlusconi atas alasan perdana menteri itu membayar bil perubatan anak perempuannya. - TH

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Kate disingkir dari Facebook kerana nama

Posted: 24 Jan 2011 08:54 AM PST

LONDON: Seorang wanita yang bernama Kate Middleton disingkirkan daripada laman sesawang Facebook selepas dituduh menyamar menjadi kekasih Putera William.

Berasal dari Wellingborough, Northamptonshire, Kate, 30, berkata dia terkejut apabila dihalang daripada memasuki laman sesawang popular itu.


"Mereka menyangka saya menipu dengan menggunakan nama bakal ratu Britain itu," katanya, semalam.

Menurut Kate, dia amat kesal apabila mendapat tahu punca dia tidak diterima memasuki Facebook.


Menganggap sekatan itu sebagai mengarut, Kate berkata, jika Facebook menyiasat terlebih dulu, pasti salah faham itu boleh dielakkan.


"Gambar profil yang digunakan adalah gambar saya dan ia sama sekali bukan kekasih William.

"Ini tidak boleh diterima langsung," katanya.


Sementara itu, teman lelaki Kate - secara kebetulan - mempunyai nama sama seperti penyampai televisyen popular di Britain, Jonathan Ross.

Kata Ross, mungkin disebabkan Kate menyatakan kini sedang menjalin hubungan dengannya, Facebook menyangka akaun teman wanitanya itu palsu. - DM

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan