Utusan Online - Luar Negara |
Abbas didakwa minta Israel serang Hamas Posted: Abbas didakwa minta Israel serang HamasBAITULMAQDIS 21 Dis. - Anggota parti Fatah pimpinan Presiden Palestin, Mahmud Abbas didakwa meminta Israel untuk menyerang kumpulan pembangkang Hamas pada 2007, menurut kabel diplomatik yang didedahkan oleh WikiLeaks. Pendedahan terbaru yang memetik kenyataan ketua agensi keselamatan Israel, Shin Bet kepada pegawai Amerika Syarikat (AS) itu mendakwa, pegawai Fatah di Genting Gaza telah meminta bantuan untuk menentang peningkatan pengaruh Hamas. "Mereka menghampiri situasi hasil sifar dan meminta kami untuk menyerang Hamas. Mereka terdesak," kata ketua Shin Bet, Yuval Diskin kepada pegawai AS. Menurut Diskin, agensi keselamatan Israel mempunyai 'hubungan sangat baik' dengan perkhidmatan keselamatan Abbas, di mana mereka berkongsi hampir semua maklumat perisikan dengan Shin Bet. "Mereka tahu bahawa keselamatan Israel adalah tunjang kepada kewujudan mereka dalam bergelut dengan Hamas di Tebing Barat," katanya ketika perbincangan pada Jun 2007. Pendedahan pakatan sulit dengan Israel untuk menentang pergerakan penduduk Palestin lain itu kemungkinan besar akan memalukan Abbas dan Fatah. Hamas dan Fatah mempunyai hubungan yang tegang selama beberapa tahun dan kemarahan memuncak apabila kumpulan Islam itu memenangi pilihan raya pada 2006. Setahun kemudian, sejurus selepas kenyataan Diskin pada 2007, Hamas menumpaskan Fatah dalam pertempuran berdarah di Genting Gaza dan menguasainya. Pendedahan kabel ini adalah sebahagian daripada kebanjiran fail diplomatik AS yang diterbitkan di dalam talian oleh WikiLeaks dan mencetuskan kemarahan serta memalukan kerajaan di seluruh dunia. - AFP |
Hampir 600 penunjuk perasaan di Belarus dipenjara Posted: Hampir 600 penunjuk perasaan di Belarus dipenjaraMINKS 21 Dis. - Sebuah mahkamah di Balarus hari ini menjatuhkan hukuman penjara selama 15 hari terhadap hampir 600 penunjuk perasaan yang menentang pemilihan semula Presiden Alexander Lukashenko (gambar), lapor agensi berita Interfax. "Hukuman tersebut dijatuhkan terhadap 580 orang kesemuanya," kata ketua polis Minsk, Leonid Farmagei. Menurutnya, mereka semua dijatuhkan hukuman penjara di antara lima hingga 15 hari. Namun begitu beliau tidak menyatakan berapa orang yang akan berhadapan dengan tuduhan berat. Lukashenko berjanji akan mengenakan hukuman berat terhadap semua yang bertanggungjawab menyertai perhimpunan haram yang diadakan Ahad lalu yang menentang rejimnya. Seorang pengawai polis berkata kepada agensi berita RIA Novosti, pendakwa raya akan meneruskan siasatan bagi mengesan mereka yang bertanggungjawab terhadap insiden tersebut dan akan dikenakan hukuman penjara selama 15 tahun. Pihak polis juga telah menahan tujuh daripada sembilan penentang Lukashenko dan dua daripadanya dilaporkan dibawa untuk disoal siasat semalam di ibu pejabat perkhidmatan keselamatan negara di Minsk yang dikenali sebagai KGB. "Kami telah membebaskan ramai penunjuk perasaan, antaranya mereka yang di bawah umur dan yang mempunyai dua orang anak. "Kami juga turut membebaskan beberapa warga asing termasuk para wartawan," kata Farmagei. - AFP |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Luar Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan