Harian Metro: Global |
Posted: 20 Dec 2010 12:17 PM PST ELIZABETH...berhajat rujuk semula dengan Nayar selepas mengetepikan Warne. LONDON: Belum sampai 10 hari mengumumkan perpisahannya, Elizabeth Hurley dilaporkan merayu kepada suaminya, Arun Nayar, supaya tidak meninggalkannya, lapor media semalam. Perubahan mendadak Elizabeth itu berlaku ekoran penemuan lebih 100 mesej pesanan ringkas (SMS) dihantar kekasih barunya, Shane Warne, kepada seorang wanita lain.
Antara kandungan SMS itu adalah: "Memikirkan kamu, saya sangat berahi hari ini. Saya mahu melihat kamu di atas saya." Pada 12 Disember lalu, Elizabeth, 45, mengumumkan rumah tangganya dengan Nayar berakhir selepas gambar aktres itu berkucupan dengan Warne disiarkan media.
"Elizabeth baru sedar dia diperbodohkan dan cepat-cepat menghubungi Nayar untuk meminta maaf.
Kemungkinan itu diperkuatkan lagi apabila ada saksi berkata, Nayar, 46, mencium seorang wanita tidak dikenali di khalayak ramai di Mayfair, London Barat, semalam.
|
Internet punca jenayah meningkat 7,000 peratus di Britain Posted: 20 Dec 2010 12:15 PM PST LONDON: Siasatan sebuah akhbar tabloid Britain mendapati, kadar jenayah berkaitan rangkaian laman sesawang meningkat sehingga 7,000 peratus di sesetengah kawasan berbanding tiga tahun lalu. Antara kes yang menunjukkan peningkatan ketara adalah bunuh, rogol, pedofilia, buli dan rompak.
Facebook terus menjadi antara punca utama pelbagai jenayah berlaku apabila penggunanya sering mengemas kini status masing-masing di situ tanpa menyedari maklumat berkenaan boleh dimanipulasi penjenayah. - Agensi |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan