Jumaat, 17 Disember 2010

Utusan Online - Luar Negara

Utusan Online - Luar Negara


Buku bongkar operasi Israel

Posted:

Buku bongkar operasi Israel

Buku bongkar operasi Israel


Seorang anggota polis sempadan Israel melepaskan gas pemedih mata ke arah penduduk Palestin yang mengadakan tunjuk perasaan di perkampungan Issawiya, Baitulmaqdis Timur pada 30 November, 2010. Insiden itu merupakan antara penindasan yang dilakukan oleh tentera Israel terhadap penduduk Palestin yang tinggal di Tebing Barat. - REUTERS


BAITULMAQDIS 17 Dis. - Sebuah buku yang memaparkan kisah sebenar dan menyiarkan koleksi gambar-gambar tentera Israel semasa bertugas di Tebing Barat dan Genting Gaza akan diterbitkan Isnin ini.

Buku berjudul Breaking the Silence itu yang sebahagiannya mengandungi kisah-kisah memalukan, sebahagian lagi sekadar makluman tetapi pengakuan oleh berpuluh-puluh askar Zionis yang bertugas di wilayah Palestin itu di dalam buku itu menunjukkan hakikat sebenar penjajahan Israel ke atas wilayah Palestin itu.

Judul Breaking the Silence menggunakan nama yang sama dengan penerbitnya merakamkan pengakuan sekumpulan anggota tentera tempur veteran Israel dan gambar daripada askar Zionis Israel yang pernah berkhidmat di Tebing Barat dan Genting Gaza.

Ia akan mula dijual pada 21 Disember ini bersempena 10 tahun kebangkitan Intifada kedua Palestin dan diterbitkan dengan tujuan memahami dasar keseluruhan ketenteraan Israel menerusi pengalaman anggota-anggota tenteranya.

"Buku ini mendedahkan pelaksanaan operasi ketenteraan Israel di Tebing Barat dan Genting Gaza serta impaknya ke atas mereka yang tinggal di wilayah itu, sama ada penduduk Palestin, pendatang haram Yahudi dan askar Israel sendiri," demikian pengenalan dalam satu salinan awal yang diterima AFP.

Sasaran jualan adalah kepada penduduk Israel dan cuba menunjukkan polisi sebenar operasi adalah berbentuk serangan termasuk rampasan kawasan, kawalan ketat ke atas penduduk awam Palestin dan mencetuskan ketakutan.

Ia jelas berbeza dengan dakwaan tentera Zionis Israel yang menyatakan bahawa segala tindakan yang diambil pihak tentera Israel adalah berbentuk mempertahankan diri.

"Kami menuntut tentera Israel bertanggungjawab atas tindakan di wilayah Palestin itu yang dilakukan oleh kami dan di atas nama kami," tegas kumpulan itu.

Tentera Israel dalam reaksinya berkata, buku Breaking the Silence memberi pandangan yang tidak adil dan tujuan pendedahan itu dipersoalkan.

Kumpulan tentera itu telah banyak kali diingatkan supaya menyerahkan keterangan dan bukti kepada pihak berkuasa agar penyiasatan penuh dan profesional dapat dijalankan. - AFP

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Assange janji dedah lebih banyak maklumat

Posted:

Assange janji dedah lebih banyak maklumat

Assange janji dedah lebih banyak maklumat

LONDON 17 Dis. - Pengasas WikiLeaks, Julian Assange (gambar) berikrar untuk membersihkan namanya daripada segala tuduhan jenayah dan akan terus bekerja kuat untuk mendedahkan lebih banyak maklumat rahsia selepas dibebaskan dengan ikat jamin, semalam.

Assange dan peguamnya berkata, usaha untuk mengekstradisinya dari Britain ke Sweden untuk disiasat atas kesalahan jenayah seksual, sebagai satu tindakan jahat dan bermotif politik.

"Saya mahu meneruskan kerja saya dan pada masa yang sama akan membuktikan bahawa saya tidak bersalah, selain terus membongkarkan semua rahsia sulit di seluruh dunia.

"Terima kasih saya ucapkan kepada semua yang masih menyokong saya dan pasukan saya, walaupun ketika saya berada di dalam tahanan pihak berkuasa," kata Assange.

Tambah Assange, beliau ada mendengar khabar angin yang mendakwa Amerika Syarikat (AS) merancang untuk mendakwanya atas kesalahan melakukan aktiviti perisikan.

Tindakan Assange mendedahkan beribu-ribu dokumen kabel diplomatik AS dalam laman webnya telah menimbulkan kemarahan Washington, malah, ramai pihak mendakwa beliau ditangkap kerana tindakannya tersebut.

"Kami menerima maklumat daripada seorang peguam AS yang mendakwa, saya akan didakwa oleh AS kerana melakukan risikan," katanya kepada Sky News, hari ini.

Pembebasan Assenge tertangguh selama beberapa jam sebelum wang ikat jamin berjumlah AS$374,000 (RM1.17 juta) berjaya dikumpulkan daripada penyokongnya termasuk pengarah filem terkenal, Michael Moore.

Seorang hakim kanan mahkamah Britain sebelum itu menolak rayuan peguam yang mewakili Sweden supaya Assenge terus ditahan dipenjara sementera menunggu untuk diekstradisi.

Assange turut diarahkan oleh mahkamah untuk melapor diri kepada polis, dikenakan perintah berkurung serta diwajibkan mengenakan penanda keselamatan. - AFP

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan