Jumaat, 17 Disember 2010

Kosmo Online - Dunia

Kosmo Online - Dunia


Hakim benarkan pengasas WikiLeaks diikat jamin

Posted:

Hakim benarkan pengasas WikiLeaks diikat jamin

Hakim benarkan pengasas WikiLeaks diikat jamin


JULIAN ASSANGE menuju ke bilik perbicaraan di Mahkamah Tinggi London semalam.


LONDON - Pengasas laman web WikiLeaks, Julian Assange dibenarkan diikat jamin oleh seorang hakim Mahkamah Tinggi, Duncan Ouseley semalam.

Hakim tersebut membuat keputusan itu selepas menolak satu rayuan yang meminta Assange dipenjarakan semasa dia berusaha menentang penghantarannya ke Sweden dari Britain.

Dia dikehendaki di Sweden atas dakwaan merogol dan mencabul dua wanita.

Penyokong-penyokong Assange perlu membayar ikat jamin AS$317,000 (RM993,801) untuk membebaskannya.

Assange perlu mematuhi beberapa syarat ketat termasuk mematuhi perintah berkurung selama dua jam setiap hari, melaporkan diri kepada polis pada setiap hari dan memakai penanda elektronik.

Laman web miliknya sebelum ini menyiarkan satu siri kabel diplomatik Amerika Syarikat (AS) yang mengandungi maklumat sulit melibatkan perbualan diplomat-diplomat AS dengan pemimpin-pemimpin dunia.

Lebih 250,000 kabel diplomatik didedahkan di laman tersebut.

Maklumat mengenai senjata nuklear AS juga didedahkan di laman berkenaan. - Agensi

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Google cipta aplikasi gambar organ dalaman manusia

Posted:

Google cipta aplikasi gambar organ dalaman manusia

Google cipta aplikasi gambar organ dalaman manusia


PENGGUNA akan dapat melihat bentuk dalaman organ manusia menerusi Google Body Browser.


NEW YORK - Enjin carian Internet, Google, sedang mencipta satu aplikasi tiga dimensi (3-D) yang membolehkan pengguna melihat anatomi tubuh manusia, lapor sebuah akhbar semalam.

Dikenali sebagai Google Body Browser, aplikasi tersebut yang akan dilancarkan tidak lama lagi berfungsi seperti peta dunia Google dengan pengguna boleh melihat bahagian luaran, organ dalaman serta tulang manusia.

Pengguna boleh memanipulasi aplikasi untuk melihat gambar organ manusia.

Satu klip video pengenalan mengenai cara aplikasi tersebut berfungsi telah disiarkan di Internet baru-baru ini.

Seorang penulis blog yang menyaksikan klip video berkenaan berkata, dia teruja dengan potensinya.

"Kita dapat melihat bagaimana aplikasi ini dapat membantu pembelajaran anatomi manusia," katanya.

"Pada tahun lalu, saya dapat menggunakan satu aplikasi serupa dan ia memudahkan pelajar mempelajari sistem tulang manusia," tambah penulis blog tersebut. - Agensi

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan