Jumaat, 17 Disember 2010

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


5 lagi web bocor rahsia diwujud

Posted: 17 Dec 2010 02:17 PM PST

Dunia

ASSANGE menunjukkan kertas mahkamah mengizinkannya dibebaskan atas ikat jamin di Mahkamah Tinggi, London.

ASSANGE menunjukkan kertas mahkamah mengizinkannya dibebaskan atas ikat jamin di Mahkamah Tinggi, London.

OpenLeaks, Brussels Leaks, TradeLeaks, Balkan Leaks, IndoLeaks beroperasi

LONDON: Web pembocor maklumat, WikiLeaks, kini menjadi inspirasi kepada orang lain untuk turut mewujudkan portal yang menjalankan fungsi sama seperti Julian Assange.

Amerika Syarikat dan pihak berkuasa lain sudah bertindak bagi menghukum WikiLeaks dan Assange atas penyiaran beribu-ribu kabel diplomatik yang memalukan Washington kerana mencetuskan pelbagai perbahasan mengenainya di seluruh dunia.

Assange yang mengasaskan WikiLeaks pada 2006 baru dibebaskan daripada tahanan di London selepas dibenarkan ikat jamin berhubung kes pencabulan wanita di Sweden. Ketika diwawancara majalah Forbes, beliau berkata: "Memang benar, bukan mudah untuk melakukannya tetapi kami akan rasa dibantu jika lebih ramai orang terbabit dalam industri ini."

Hasilnya, sejak beberapa minggu lalu, lima lagi web berteraskan misi membocor maklumat wujud iaitu OpenLeaks, Brussel Leaks, TradeLeaks, Balkan Leaks dan IndoLeaks.

OpenLeaks diwujudkan oleh bekas pembantu Assange, Daniel Domscheit-Berg. Web itu masih belum ada apa-apa kandungan kecuali logo berbunyi 'Coming Soon.'
Domscheit-Berg enggan membincangkan sebab membuka portal baru tetapi menuduh WikiLeaks keluar daripada misi asal.
Domscheit-Berg berkata, OpenLeaks sudah ada di Twitter dan memulakan tugas awal 2011.

Brussels Leaks pula sudah ada laman web dan Twitter bertujuan mendedahkan perkara tersembunyi dalam sistem Kesatuan Eropah (EU).

"Ianya bertujuan mendedahkan maklumat penting kepada umum. Itulah sebabnya kami akan 'senyap' untuk beberapa minggu," kata laman web itu.

Web TradeLeaks sudah ditonton 60,000 kali beberapa jam selepas dilancarkan bertujuan membocorkan maklumat perniagaan. Ia diasaskan oleh Ruslan Kogan, pemilik perniagaan elektronik Australia, Kogan Technologies.

Balkan Leaks pula dibentuk oleh Atanas Chobanov, seorang ekspatriat Bulgaria di Paris, bertujuan mempromosi ketelusan dan memerangi rasuah di rantau Balkan.

Pengguna boleh menghantar dokumen ke laman itu menerusi sistem rahsia yang hanya disiarkan kepada umum selepas disahkan. Moto organisasi itu ialah 'Rantau Balkan tiada lagi rahsia.'

Laman IndoLeaks sudah menyiarkan laporan bedah siasat tragedi negara pada 1965 yang dianggap dokumen kontroversi, lapor akhbar Jakarta Post.

Ia juga menyiarkan dokumen sensitif mengenai perbincangan Timor Leste pada 1975 antara bekas Presiden Indonesia, dengan bekas Presiden Amerika, Gerald Ford. – Agensi


Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Lelaki amuk untuk bunuh diri

Posted: 17 Dec 2010 01:09 PM PST

Dunia

14 cedera kena tikam penganggur dalam bas ketika waktu puncak

TOKYO: Seramai 13 remaja sekolah cedera selepas seorang lelaki mengamuk dengan menikam penumpang sebuah bas sekolah dan bas awam, semalam.

Penyerang dikenali sebagai Yuta Saito, 27, yang kemudian ditahan polis dan memberitahu: "Saya mahu tamatkan riwayat hidup sendiri," lapor agensi berita Kyodo.

Dia juga memberitahu polis bahawa dia mengganas kerana tidak ada teman wanita, dirinya hodoh, ketagih telefon bimbit, ada masalah di tempat kerja dan 'lebih teruk daripada sampah kerana sekurang-kurangnya sampah itu dikitar semula.' Media melaporkan, penyerang menaiki sebuah bas sekolah dekat Toride, sebuah bandar di timur laut Tokyo, menikam sekumpulan pelajar dalam bas itu sebelum keluar dan naik sebuah bas awam.

Antara yang cedera termasuk lapan pelajar sekolah menengah, empat lagi dari sekolah rendah dan dua wanita dewasa, lapor Kyodo.

Saito ditahan polis selepas beberapa penumpang dapat menghalangnya mengganas di bas kedua, kata pegawai Stesen Toride itu di Ibaraki dekat Tokyo.

"Saya nampak (pelajar) keluar dari bas dekat kami, tetapi dalam keadaan mencurigakan. Kemudian, penyerang mendekati kami dengan pisau.
"Lelaki itu menggunakan pintu belakang untuk masuk dalam bas. Mulanya saya sangka pelajar bergaduh, tetapi apabila saya dengar mereka menjerit, saya tahu ada sesuatu yang tidak kena," kata seorang pemandu bas kepada televisyen NHK

Jepun mempunyai kadar jenayah rendah berbanding banyak negara maju lain, tetapi ada jenayah ganas berlaku sekali-sekala yang menyebabkan penduduk risau dengan isu nilai sosial.

Dua tahun lalu, orang ramai dikejutkan dengan penangkapan seorang lelaki berusia 28 tahun kerana disyaki membunuh tujuh orang apabila melanggar mangsa dengan trak selain menikam tujuh orang lagi di kawasan elektronik popular, Akihabara. – Agensi


Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan