Sabtu, 18 Disember 2010

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Angelina, Pitt pilih Hindu

Posted: 17 Dec 2010 10:06 AM PST

HOLLYWOOD: Pasangan Brad Pitt dan Angelina Jolie yang sudah hidup bersama sejak lima tahun lalu dikhabarkan akan merasmikan hubungan mereka dengan perkahwinan.

Menurut akhbar, Pitt dan Angelina yang membesarkan enam anak bersama merancang untuk bernikah pada hari Valentine tahun depan mengikut upacara Hindu di sebuah kawasan pemulihan rohaniah di pedalaman India. Angelina, 35, dan Pitt, 46, dikatakan akan berkahwin di Adhyatm Vigyan Satsang Kendra, di Jophur, baratlaut India. Kedua-dua bintang itu adalah murid kepada seorang guru di tempat itu iaitu Siddh Guru Ramlal Siyag dan sudah bertahun-tahun mempelajari amalan yoga daripada guru terbabit.


Sementara itu, Angelina dikhabarkan membelanjakan RM1.2 juta untuk membeli cincin hadiah ulang tahun Pitt yang ke-47, baru-baru ini, sebagaimana dipetik daripada majalah. - Agensi

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Pamela muncul di Playboy kali ke-13

Posted: 17 Dec 2010 10:05 AM PST

HOLLYWOOD: Aktres Pamela Anderson akan menjadi penghias muka depan majalah Playboy untuk kali ke-13 dan mencatat rekod sepanjang 57 tahun sejarah penerbitan majalah itu.

Wanita berusia 43 tahun itu turut menulis puisi selain tampil dalam lapan halaman gambar bogel untuk edisi Januari majalah itu.


Pelakon siri televisyen Baywatch itu membuat kemunculan semula selepas tampil kali terakhir 21 tahun lalu. Pamela yang baru-baru ini terbabit dengan program realiti TV di India Bigg Boss menjadi tajuk utama akhbar apabila dia bercakap tentang politik dan revolusi seks. - Agensi

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan