Sabtu, 18 Disember 2010

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


Eropah diselimuti salji

Posted: 18 Dec 2010 11:07 AM PST

Dunia

SEORANG pekerja berjalan hampir sebuah pesawat di landasan dilitupi salji tebal di lapangan terbang Zurich, Switzerland.

SEORANG pekerja berjalan hampir sebuah pesawat di landasan dilitupi salji tebal di lapangan terbang Zurich, Switzerland.

Ratusan penerbangan dibatal, sistem lalu lintas teruk

BERLIN: Salji tebal dan suhu di bawah takat beku menyebabkan keadaan huru-hara di Eropah semalam apabila lebih 800 penerbangan dibatalkan di Jerman, Belanda dan Switzerland, manakala jalan yang dilitupi salji menjejaskan dengan teruk keadaan lalu lintas di beberapa negara lain menjelang sambutan Krismas.

Setakat ini, Jerman paling teruk terjejas dengan lebih 600 daripda 1,400 jadual penerbangan dibatalkan, sekolah terpaksa ditutup ,manakala lebuh raya sesak teruk dan mengakibatkan kemalangan yang menyebabkan sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh. Salji juga menghalang penerbangan di Belanda manakala jurucakap lapangan terbang Schiphol Amsterdam, Mirjam Snoerwang berkata lebih 100 jadual penerbangan terpaksa dibatalkan.

Agensi pengawalan Eropah, Eurocontrol berkata penumpang di Schipol, salah sebuah lapangan terbang paling sibuk di Eropah dijadualkan lewat sekurang-kurangnya empat setengah jam.

Sementara itu, ramai penumpang yang terlewat penerbangan terperangkap di dalam kereta api atau bas apabila kenderaan terbabit tidak dapat bergerak berikutan salji tebal.

Agensi cuaca Belanda (KNMI) mengeluarkan amaran cuaca, memaklumkan salji tebal dan bahaya memandu kenderaan di sebahagian besar wilayah barat negara itu, berikutan keadaan lalu lintas semakin teruk di Amsterdam. Rotterdam dan The Hague.
Salji juga memaksa pembatalan 100 penerbangan di Switzerland, apabila lapangan terbang Geneva ditutup awal kelmarin, walaupun dibuka semula menjelang tengah hari manakala jadual penerbangan di Zurich juga terjejas.

Di Frankfurt, jurucakap lapangan terbang Gunnar Scheunemann berkata 470 penerbangan dibatalkan hingga tengah hari semalam. Lapangan terbang berkenaan juga terpaksa ditutup selama kira-kira sejam kelmarin, manakala sekurang-kurangnya 1,000 penumpang terkandas sepanjang malam.

Kira-kira 20 sentimeter salji melitupi seluruh wilayah itu sepanjang malam, menyebabkan sekolah terpaksa ditutup.

Lapangan terbang Munich melaporkan 113 penerbangan dibatalkan atau ditangguh, manakala lebih 20 lagi dibatalkan di Duesseldorf dan Stuttgard.

Pegawai yang berada di Baden-Wuerttemberg berkata, 108 kemalangan berkaitan cuaca dilaporkan menyebabkan 17 orang cedera, manakala dua lelaki terbunuh dalam nahas di Bavaria.

Salji juga mengakibatkan jadual perjalanan terjejas di seluruh Britain, apabila kereta api membatalkan jadual, manakala kenderaan terbabas di jalan raya akibat jalan bersalji. – Reuters


Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Diana bayangi bakal pewaris takhta England

Posted: 18 Dec 2010 11:04 AM PST

Dunia

KATE Middleton  dan Putera Wiliam yang bertunang baru-baru ini. Gambar kecil  mendiang Puteri Diana.

KATE Middleton dan Putera Wiliam yang bertunang baru-baru ini. Gambar kecil mendiang Puteri Diana.

Imej ibu William dikhuatiri masalah kepada Middleton

LONDON: Jika anda beranggapan ramai bakal isteri sukar menyesuaikan diri mere-

ka dengan keluarga baru, cuba letakkan diri anda pada kedudukan bakal isteri pewaris takhta England, Putera William, Kate Middleton. Nenda bakal suaminya adalah Ratu Elizabeth ll, Ratu England, bakal bapa mentuanya pula Putera Charles juga pewaris takhta, seorang yang kepala angin dan lebih mencabar lagi, beliau akan sentiasa dibandingkan dengan bonda William, mendiang Puteri Diana.
Sehingga kini tiada wanita dalam kerabat diraja England mampu menyaingi populariti Diana dan Middleton bakal menghadapi cabaran besar untuk menandingi kehebatan seorang wanita paling terkenal pada abad ke-20.

"Ia suatu keadaan sukar dan saya bersimpati dengan Kate," kata seorang jururawat bersara, Elsie Andrews ketika membuat penilaian mengenai masa depan tunang Putera William itu.

Beliau berkata, Kate tidak sepatutnya diadili mengikut skala Diana, tetapi perlu dibenarkan membentuk imejnya sendiri di kalangan keluarga diraja.
Bagaimanapun, 'kekuatan' Diana tetap dirasai bulan lalu, apabila Middleton dan William kedua-duanya berusia 28 tahun, mengumumkan pertunangan mereka. William menyarungkan cincin pertunangan permata nilam bertatah berlian, kepunyaan bondanya.

William ketika bercakap mengenai cincin pertunangan itu berkata, ia adalah cara beliau memberi peranan kepada bondanya bagi perkahwinan mereka, manakala Kate ketika bercakap secara terbuka buat pertama kali mengenai Diana menyifatkan beliau sebagai satu inspirasi.

Pemberian cincin itu bagaimanapun umpama suatu peringatan kepada Kate dan harapan tinggi terhadap beliau. Mampukah Kate melakukan seperti apa yang dilakukan Diana apabila mengahwini pewaris takhta England itu?

Adakah Kate akan memilih jalannya sendiri dalam 'drama' kerabat diraja atau seperti Diana yang dihimpit kesunyian dan tekanan kerana menjadi seorang puteri sebenar?

Ketika Kate mencari kedudukannya dalam keluarga diraja, beliau akan mendapati dirinya dicabar legenda Diana, walaupun di mana saja beliau berada.

Mahu glamor? Diana menari dengan John Travolta di Rumah Putih, berkawan baik dengan Elton John dan menghabiskan masa cuti di kapal mewah di French Riviera manakala jurugambar paparazzi mengekori ke mana saja beliau pergi.

Mahu bergaya? Pakaian Diana direka oleh pereka fesyen bertaraf dunia seperti Versace, Galliano, Dior dan Valentino. Pakaian yang beliau pakai mampu mempengaruhi trend fesyen dunia.

Peranan dalam kerja amal? Diana memecahkan tradisi diraja dengan memeluk seorang mangsa AIDS dan membantu membentuk dasar kerajaan dengan berjalan di atas padang dipenuhi periuk api.

Kate menjauhi publisiti sejak beberapa minggu lalu. Apabila beliau muncul untuk pertama kali selepas bertunang, rakyat Britain, pengulas dan penganalisis akan mula berbincang sama ada beliau mempunyai kehebatan semula jadi seperti Diana. – AP


Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan