Sabtu, 20 Julai 2013

Kosmo Online - Dunia

Kosmo Online - Dunia


Indonesia hentikan visa kepada warga Iran

Posted:

Indonesia hentikan visa kepada warga Iran

Indonesia hentikan visa kepada warga Iran

KEVIN Rudd bersalam dengan Susilo sebelum memulakan mesyuarat di Istana Presiden di Bogor, Indonesia 5 Julai lalu.- AP


JAKARTA - Indonesia akan menghentikan pengeluaran visa sewaktu ketibaan kepada warga Iran selepas jumlah mereka yang ditangkap kerana menyeludup dadah atau menggunakan negara ini sebagai transit sebelum mendapatkan suaka di Australia kian meningkat.

Menteri Keadilan dan Hak Asasi Manusia Indonesia, Amir Syamsuddin dikatakan telah menandatangani satu dekri pada Khamis yang membatalkan pemberian visa sewaktu ketibaan kepada warga Iran yang diamalkan sejak tahun 2005, jelas jurucakap pejabat imigresen, Maryoto Hadi.

Arahan baharu itu akan berkuat kuasa mulai 20 Ogos depan.

"Ramai warga Iran menyalahgunakan kemudahan visa. Mereka bukan datang ke sini untuk melancong, tetapi lebih kepada usaha untuk mendapatkan suaka di Australia dan menyeludup dadah," kata Hadi.

Langkah itu akan mengurangkan pencari suaka yang pergi ke Australia dengan menaiki bot. Hadi bagaimanapun enggan mengulas sama ada keputusan tersebut memenuhi tuntutan Perdana Menteri Australia, Kevin Rudd yang menemui Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono awal bulan lalu.

Indonesia tetap akan mengeluarkan visa kepada warga Iran yang layak selepas memohon di kedutaannya di luar negara.

Republik itu menawarkan visa sewaktu ketibaan kepada lebih 60 buah negara, termasuk Iran untuk melonjakkan sektor pelancongannya.

Pelancong boleh mendapatkan visa sewaktu ketibaan dengan bayaran AS$25 (RM80) di 15 buah lapangan terbang dan 21 pelabuhan seluruh Indonesia. - AP

Trend pelajar sewa kereta mewah

Posted:

Trend pelajar sewa kereta mewah

Trend pelajar sewa kereta mewah


BEBERAPA pelajar menaiki kereta Lamborghini untuk menghadiri majlis graduasi sekolah mereka - REUTERS


LONDON - Pelajar tahun akhir Sekolah Swanlea di sini menyewa kereta mewah untuk meraikan majlis graduasi dan tari-menari sekolah mereka pada bulan ini.

Menurut statistik kerajaan, kawasan Swanlea merupakan antara kejiranan miskin di kota metropolitan itu.

Namun, keadaan itu tidak menghalang kumpulan pelajar berusia 16 tahun itu berbelanja besar untuk menyewa pelbagai jenis kereta mewah untuk ke majlis tersebut.

Semua kenderaan itu turut didatangkan dengan pemandu ekoran mereka belum layak mendapatkan lesen memandu.

"Trend ini untuk menunjuk-nunjuk sebenarnya. Memasang stereo kereta sekuat-kuatnya dan bergerak dari satu kawasan ke kawasan yang lain," kata seorang pelajar Sekolah Swanlea, Foyzur Rahman.

Dia dan seorang rakannya membayar caj AS$610 (RM1,945) untuk menyewa sebuah kereta Audi S4 selama empat hari.

Antara kereta mewah yang menjadi pilihan remaja sekolah ini termasuk Range Rover, Ferrari, Lamborghini dan Rolls-Royce. - Reuters

Kecoh kafe Nazi di Indonesia

Posted:

Kecoh kafe Nazi di Indonesia

Kecoh kafe Nazi di Indonesia

GAMBAR pada 14 Julai lalu menunjukkan bendera Nazi yang digantung pada dinding restoran Soldatenkaffe di Bandung, Jawa Barat, Indonesia.- AP


BANDUNG - Pihak berkuasa Indonesia akan menyoal siasat seorang pemilik restoran kerana membuka kafe dengan tema Parti Nazi yang mencetuskan kemarahan penduduk tempatan dan pelancong asing.

Kafe Soldatenkaffe milik Henry Mulyana yang terletak di sini, dalam wilayah Jawa Barat, telah dibuka sejak April 2011.

Timbalan Datuk Bandar Bandung, Ayi Vivananda berkata, sepucuk surat meminta Mulyana memberikan penjelasan berhubung tujuan dia membuka restoran itu telah dihantar kelmarin.

"Simbol-simbol Swastika (Parti Nazi) yang terdapat di kafe itu dikenali di seluruh dunia kerana sinonim dengan keganasan dan perkauman," kata Vivananda.

Kafe tersebut dihiasi sehelai bendera dengan simbol swastika bersaiz besar dan potret gergasi bekas pemimpin Jerman, Adolf Hitler.

Dekorasi lain termasuk beberapa koleksi berkaitan Nazi yang digantung di dinding berwarna merah di kafe itu.

Premis itu mencetuskan kontroversi di Indonesia dan luar negara selepas satu artikel mengenainya tersiar di internet.

Mengulas kontroversi tersebut Mulyana memberitahu, dia tidak berniat untuk mencetuskan kebencian. Sebaliknya, dekorasi itu hanya untuk menarik pelanggan.

Peniaga itu turut menafikan dia seorang pro-Nazi atau menyokong Hitler yang bertanggungjawab ke atas kematian enam juta orang Yahudi semasa Perang Dunia Kedua.

Katanya, kontroversi terbaharu itu memaksa dia menutup kafenya buat sementara waktu. - AP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan