Jumaat, 12 Julai 2013

Kosmo Online - Dunia

Kosmo Online - Dunia


Waran tangkap pemimpin Ikhwanul Muslimin

Posted:

Waran tangkap pemimpin Ikhwanul Muslimin

Waran tangkap pemimpin Ikhwanul Muslimin

PENYOKONG bekas Presiden Mesir, Mohammed Morsi meneruskan tunjuk perasaan bagi menuntut tentera menyerahkan kembali kuasa kepada Morsi di Bandar Nasr, Kaherah, Mesir kelmarin.- AP


KAHERAH - Pihak berkuasa Mesir pada Rabu mengeluarkan waran tangkap ke atas pemimpin tertinggi Ikhwanul Muslimin, Mohammed Badie berikutan keganasan yang membawa maut di sini.

Waran itu dilihat hanya menyemarakkan lagi kemarahan penyokong Ikhwanul Muslimin yang sebelum ini berang atas tindakan tentera menggulingkan Perdana Menteri Mesir, Mohammed Morsi.

Badie dan beberapa pemimpin kanan Ikhwanul Muslimin dikendaki kerana disyaki mencetuskan keganasan di luar ibu pejabat Pengawal Republikan kerana menuntut kuasa Morsi dikembalikan.

"Morsi kini ditahan di lokasi selamat. Beliau tidak dikenakan apa-apa dakwaan sehingga ke hari ini," kata jurucakap Kementerian Luar Mesir, Badr Abdelatty.

Ribuan penyokong Morsi menyertai tunjuk perasaan di masjid Rabaa al-Adawiya di Bandar Nasr untuk menunaikan sembahyang jenazah. Mereka juga berikrar akan meneruskan bantahan sehinggalah Morsi kembali menjadi perdana menteri.

Menurut Kementerian Kesihatan, seramai 53 orang maut dan 480 yang lain cedera dalam pertempuran pada Subuh Isnin lalu. Ia turut menafikan dakwaan Ikhwanul Muslimin bahawa ada wanita dan kanak-kanak yang terbunuh.

Waran itu juga akan menyukarkan lagi usaha pemangku perdana menteri, Hazem al-Beblawi untuk membentuk kebinet sementara pada minggu depan.

Bekas menteri kewangan berfahaman liberal itu dikatakan sedia untuk menawarkan jawatan menteri kepada Ikhwanul Muslimin, lapor agensi berita MENA.

"Rundingan sedang dijalankan dengan beberapa orang calon. Saya jangkakan kami dapat memuktamadkan pembentukan kabinet pada awal minggu depan," kata Beblawi.

Dalam perkembangan berkaitan, sekumpulan lelaki bersenjata melepaskan tembakan ke arah kenderaan seorang komander tentera. Serangan ala pengganas itu mengakibatkan seorang gadis terbunuh.

"Ini merupakan serangan terbaharu di Semenanjung Sinai yang menyasarkan anggota tentera dan polis, bertujuan untuk mencetuskan huru-hara di Mesir," jelas pihak tentera. - Agensi

Penduduk berpuasa dalam ketakutan

Posted:

Penduduk berpuasa dalam ketakutan

Penduduk berpuasa dalam ketakutan


SEORANG pakar bom Pakistan memeriksa lokasi letupan bom di sebuah medan selera di Lahore pada Ahad lalu.- AFP


LAHORE - Rakyat Pakistan menyambut Ramadan semalam dengan kawalan di bandar raya ini diperketat susulan insiden pengeboman yang disifatkan paling teruk sejak dua tahun lalu.

Lima orang terbunuh dan hampir 50 lagi cedera pada Sabtu lalu dalam serangan bom di pasar Anarkali di sini.

Bandar kedua terbesar di Pakistan ini terkenal kerana menyajikan pelbagai hidangan yang lazat sepanjang bulan puasa.

Serangan pada Sabtu lalu merupakan yang terburuk di bandar raya ini sejak seorang remaja meletupkan diri dalam satu perarakan puak Syiah pada 25 Januari 2011.

Sekurang-kurangnya sembilan orang terbunuh dalam insiden tersebut.

Pasar itu beroperasi semula tetapi lengang tanpa kesibukan yang dikaitkan dengan Ramadan apabila orang ramai keluar membeli belah dan berbuka puasa di luar.

Keadaan itu berlaku kerana penduduk masih ketakutan.

"Kami memang takut. Letupan ini bertujuan untuk mengganggu keamanan di bandar ini," kata pemilik sebuah hotel dan restoran di sini, Wajid Hussain.

Bandar ini menyaksikan beberapa serangan bom berlaku pada 2010 tetapi serangan ke atas kota yang dihuni 12 juta orang ini adalah terpencil berbanding Karachi dan beberapa bandar yang menjadi sasaran Taliban di barat daya negara ini.

Militan Islam terutamanya kumpulan Taliban menjadi cabaran utama yang perlu ditangani oleh kerajaan baharu Pakistan.

Dalam pada itu polis berkata, pihaknya akan meningkatkan rondaan sepanjang Ramadan untuk melindungi pasar dan tempat suci daripada ancaman yang dijangka meningkat dalam tempoh beberapa minggu lagi.

"Tiga ribu anggota polis telah dikerahkan untuk bertugas sepanjang Ramadan kali ini," katanya. - AFP

Gantung lembu mohon kekayaan

Posted:

Gantung lembu mohon kekayaan

Gantung lembu mohon kekayaan


PENDUDUK kampung beramai-ramai menggantung seekor lembu jantan sehingga ia mati.- REUTERS


BEIJING - Pada setiap bulan keenam menurut kalendar Cina, etnik minoriti Miao, Yao dan Dong menyambut festival tempatan yang dikenali sebagai Naoyu.

Perayaan tersebut disambut oleh penduduk kampung di daerah Rongshui dalam Wilayah Autonomi Etnik Zhuang Guangxi, selatan China.

Pada perayaan tersebut, orang ramai menangkap ikan dan berdoa untuk memohon kekayaan, hasil pertanian yang banyak dan kehidupan tenteram.

Mereka turut melakukan acara korban dengan menggantung seekor lembu pada dahan pokok sehingga haiwan itu mati.

Penduduk kampung kemudian akan mengagihkan daging haiwan tersebut sesama mereka. - Reuters

Tiada ulasan:

Catat Ulasan