Harian Metro: Global |
Posted: 26 Jul 2013 09:32 AM PDT New Delhi: Pasangan bayi kembar siam dengan dua kepala dan satu badan dilahirkan di Jaipur, Rajashtan, kelmarin. Bagaimanapun, kepala, sistem saraf dan tulang belakang bayi lelaki itu didapati berasingan. Tulang belakangnya bersambung di bawah pelvik dan mereka turut berkongsi sangkar rusuk dan belingkung bahu. Doktor berkata, mereka percaya bayi itu boleh dlselamatkan. BAYI kembar siam yang berkongsi satu tubuh yang dilahirkan di India pada Rabu lalu.
Kebanyakan kanak-kanak yang dilahirkan sedemikian mati ketika dilahirkan dan kebanyakan kes membabitkan bayi perempuan. Satu lagi kes yang terkenal membabitkan kembar dicephalic parapagus ialah bayi rakyat Amerika iaitu Abigail dan Brittany Hensel dengan kisahnya dipaparkan dalam siri realiti televisyen Abby & Brittany baru-baru ini. Awal September 2011, dua bayi perempuan berusia 11 bulan dari Sudan yang bercantum di kepala berjaya dipisahkan di Hospital Kanak-Kanak Great Ormond di London. Bayi dari Sudan itu adalah kembar craniopagus yang berlaku satu dalam 2.5 juta kelahiran. Mereka dilahirkan dengan bahagian atas kepala bercantum - keadaan yang jarang berlaku dan hanya satu daripada 10 juta kelahiran seumpama itu hidup. Kembar siam berlaku pada satu dalam 100,000 kelahiran. Ia terjadi apabila satu telur yang subur gagal berpisah dengan sempurna atau telur berkenaan berpisah tetapi bercantum semula dalam rahim. - Agensi Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/27 |
Laman web Putera George milik ahli perniagaan Switzerland Posted: 26 Jul 2013 09:25 AM PDT Zurich: Seorang ahli perniagaan Switzerland mendaftarkan nama bayi diraja Britain sebagai alamat laman web sebelum nama bayi itu diumumkan. Luc-Andre Biggs mendaftarkan nama georgealexanderlouis.com pagi Rabu lalu, hanya beberapa jam sebelum pengumuman nama putera diraja Britain yang baru itu dibuat.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan