Berita Harian: Dunia |
Posted: 27 Jul 2013 02:23 PM PDT Anggota keselamatan gempur penunjuk perasaan pro Ikhwan Kaherah: Sekurang-kurangnya 136 penyokong bekas Presiden Mohammed Morsi maut ditembak anggota keselamatan Mesir semalam, dakwa Ikhwanul Muslimin. Mereka menembak bukan untuk mencederakan tetapi membunuh" Gehad El-Haddad, Jurucakap Ikhwanul Muslimin "Mereka menembak bukan untuk mencederakan tetapi membunuh," dakwa Haddad yang percaya angka kematian mungkin lebih tinggi. Aktivis membawa mangsa kena tembakan ke pusat rawatan sementara. Ada yang diletak dalam pengusung atau ditarik dengan selimut. Seorang remaja dilihat terbaring dengan kesan tembakan di kepalanya. Televisyen Al Jazeera melaporkan, 120 terbunuh dan 4,500 lagi cedera. Haddad berkata, anggota polis melepaskan gas pemedih mata berulang kali selepas 3 pagi waktu tempatan ke arah penunjuk perasaan yang berada di sekitar Rabaa al-Adawia yang menjadi laluan utama ke Jambatan 6 Oktober. "Peluru menghujani penunjuk perasaan. Polis berpakaian seragam gelap melepaskan tembakan manakala penembak tepat menembak dari bangunan dan jambatan berdekatan, katanya lagi. Menteri Dalam Negeri pilihan tentera, Mohamed Ibrahim berkata protes penyokong Morsi akan ditamatkan mengikut peraturan. Keganasan terburuk berlaku di kota kedua Mesir, Iskandariah selepas ada penyokong Ikhwan disekat keluar masjid oleh 'samseng.' Wartawan di Rabaa al-Adawia melaporkan, tembakan masih kedengaran beberapa jam selepas keganasan meletus. Pegawai yang mentadbir rumah mayat Ikhwan, Dr Ibtisam Zein berkata kebanyakan yang mati kena tembakan di kepala dan di celah mata. Penunjuk perasaan bersurai Ahli politik kanan Ikhwan, Saad el-Hosseini pula berkata anggota keselamatan mahu semua penunjuk perasaan bersurai. "Saya cuba meminta orang muda supaya bersurai selama lima jam tetapi gagal. Haddad menekankan, Ikhwanul Muslimin komited kepada usaha mencari keamanan meskipun ramai maut. Tindakan anggota keselamatan menembak penunjuk perasaan adalah yang kedua bulan ini menyebabkan ramai maut, kali pertama 8 Julai lalu menyebabkan 53 orang terbunuh. Pihak berkuasa belum menjelaskan mengapa keganasan terbaru meletus sejak Morsi digulingkan dan akan dikenakan tuduhan jenayah termasuk membunuh. - REUTERS |
Pejuang burka muncul di Pakistan Posted: 27 Jul 2013 02:16 PM PDT Siri animasi tonjol wanita tuntut hak pendidikan ISLAMABAD: Satu watak kartun adiwira baru memakai burqa hitam bakal disiarkan televisyen Pakistan bulan depan dalam satu siri animasi yang memperjuangkan hak kanak-kanak perempuan mendapat pendidikan di negara itu.
Ia mengenai pengalaman seorang guru yang menggunakan kuasa luar biasa untuk memerangi penjahat yang cuba menutup sekolah anak gadis tempat dia mengajar. Ketika siri fiksyen itu berlaku di bandar Halwapur, kisah 'Burka Avenger' dianggap benar-benar berlaku di Pakistan kerana militan Taliban menghalang ribuan anak gadis daripada pergi ke sekolah dan menyerang aktivis yang berkempen dan memperjuangkan pendidikan mereka. Dikategorikan sebagai komedi aksi, watak utama 'Burka Avenger' dibantu tiga murid sekolah menggunakan pen dan buku sebagai senjata tujahan untuk menghalang samseng Baba Bandook dan orang suruhannya. Aaron Haroon Rashid, seorang daripada bintang pop terkenal Pakistan, menganggap siri kartun itu sebagai perantara untuk menekankan pentingnya pendidikan anak gadis.
Oktober lalu, seorang lelaki bersenjata Taliban menembak remaja Malala Yousafzai di kepala kerana berkempen memperjuangkan hak gadis bersekolah di kampung halamannya di Lembah Swat, barat laut Pakistan. - AGENSI
|
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan