Utusan Online - Luar Negara |
Helikopter penyelamat terhempas, lapan terbunuh Posted: 25 Jun 2013 12:07 PM PDT NEW DELHI 26 Jun - Sebuah helikopter penyelamat yang membantu memindahkan mangsa banjir di utara India terhempas semalam mengakibatkan lapan orang terbunuh. "Lapan individu berada di dalam pesawat itu termasuk lima krew terbunuh akibat cedera parah dalam nahas di Gaurikund di negeri Uttarakhand, kata jurucakap tentera udara India. Helikopter Mi-17 buatan Rusia itu sedang melakukan penerbangan dalam misi menyelamat di negeri Uttarakhand, iatau tempat paling suci negara ini yang menyaksikan lebih 1,000 orang terkorban dalam banjir kilat dan tanah runtuh. - AFP |
Terowong runtuh: 45 pelombong terkorban Posted: 25 Jun 2013 12:05 PM PDT BANGUI 26 Jun - Sekurang-kurangnya 45 pelombong emas terbunuh setelah mereka tertimbus hidup-hidup dalam kejadian terowong runtuh di Republik Afrika Tengah, kata stesen radio tempatan, Bambari, semalam. Pihak berkuasa pada mulanya merekodkan 37 kematian dalam kejadian yang berlaku selepas hujan lebat di perkampungan Ndassima yang kaya dengan emas dan berlian di daerah timur tengah Ouaka. Bagaimanapun, masih tidak dapat dipastikan jumlah sebenar pelombong berada di dalam terowong sewaktu kejadian itu berlaku. - DPA |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Luar Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan