Selasa, 4 Jun 2013

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Racun ikan pontianak

Posted: 03 Jun 2013 09:25 AM PDT

Ludington: Pekerja hidupan liar akan menggunakan racun serangga di sungai berhampiran Tasik Michigan dalam usaha untuk membunuh 'ikan pontianak' yang menghisap darah ikan lain.

Lamprei laut dewasa boleh mencapai dua hingga tiga kaki menyerupai belut, tetapi bersikap seperti lintah.

Dengan mulut bulat seperti cakera dan bergigi tajam, mereka melekap pada ikan lain dan menghisap darah dan cecair lain dalam badan menyebabkan mangsa menjadi terlalu lemah.

Meskipun berasal dari Lautan Atlantik, ia boleh hidup dalam air tawar dan berpindah ke tasik besar menerusi terusan laluan kapal.

Foto

LAMPREI mempunyai mulut bulat seperti cakera dan bergigi tajam.

Foto

LAMPREI dewasa boleh mencapai tiga kaki panjang.

Foto

DUA lamprei menghisap darah seekor ikan trout.


Menjelang lewat 1940-an, penceroboh yang membiak dengan banyak itu menyebabkan ikan trout, ikan putih dan spesies sukan serta komersial di seluruh tasik semakin berkurangan.


Usaha memerangi lamprei menelan belanja lebih AS$400 juta (RM1.2 bilion) sepanjang lima dekad lalu.

Populasi ikan itu berkurangan 90 peratus sejak lewat 1950-an selepas penyelidik menemui cara membunuhnya tanpa menjejaskan spesies lain.

Perkhidmatan Perikanan dan Hidupan Liar Amerika Syarikat memerangi lamprei menggunakan rawatan racun serangga mulai hari ini hingga Ahad depan di Sungai Mitchell Creek yang mengalir ke Tasik Michigan.

"Larva lamprei laut itu di sungai itu paling mudah diserang. Adalah mustahil kami mendapatkan lamprei dewasa di tasik ," kata Alez Gonzalez, pakar biologi perikanan yang berkhidmat di pejabat Perkhidmatan Ikan dan Hidupan Luar Amerika Syarikat di Ludington.

Menurutnya, rawatan itu 95 hingga 99 peratus berkesan dalam membunuh parasit pada peringkat ini, kata Gonzalez.

Lamprei laut biasanya digelar 'ikan pontianak' kerana ia menghisap darah ikan lain. - Daily Mail

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/04

Sindiket pelacuran guna voodoo tumpas

Posted: 03 Jun 2013 09:08 AM PDT

Barcelona: Polis Sepanyol berjaya menumpaskan sindiket menyeludup wanita Nigeria dan memaksa mereka melacur dengan melecurkan mangsa dengan besi panas serta sihir.

Kumpulan itu mendera mangsa dan mengancam mereka dengan sihir untuk memaksa mereka menjual tubuh.


Enam orang termasuk seorang wanita yang dipercayai ketua kumpulan, ditahan selepas seorang mangsa mendedahkan kegiatan mereka kepada pihak berkuasa.

"Sindiket menguasai mangsa mereka, termasuk menggunakan ancaman dan keganasan fizikal serta pelbagai amalan sihir. Mangsa cedera teruk akibat dilecur besi panas," kata polis.


Kumpulan berkenaan didakwa menyasarkan wanita di Benin City, Nigeria, yang berdepan dengan masalah membesarkan anak selepas kematian suami dan bapa. Mereka membawa wanita terbabit melalui jalan darat ke Maghribi sebelum diseludup dengan menaiki bot kayu ke Sepanyol dan dipaksa melacur di Barcelona dan Malaga.


Sering kali mangsa dibawa ke tempat pemujaan dan diarah meninggalkan barangan mereka. Dengan cara demikian, ia akan memberi kuasa kepada tukang sihir untuk mengawal mangsa dari jauh.

Mangsa dipaksa membayar 'hutang' masing dan menyertai kumpulan pelacur. Mangsa hanya menuruti arahan itu kerana bimbang nasib malang menimpa mereka jika ingkar. - DM

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/04

Tiada ulasan:

Catat Ulasan