Berita Harian: Dunia |
Posted: 21 Jun 2013 05:10 PM PDT PM Singapura enggan balas kenyataan dibuat menteri Indonesia Singapura: Perdana Menteri Singapura, Lee Hsein Loong berkata beliau tumpu kepada penyelesaian masalah jerebu dan memastikan keselamatan rakyat Singapura berbanding membalas kenyataan dibuat seorang menteri Indonesia. Menteri penyelaras kebajikan penduduk, Agung Laksono sebelum ini membidas Singapura pada satu sidang akhbar di Jakarta dengan mengatakan: "Singapura tidak sepatutnya bersikap seperti budak-budak." "Apa yang perlu kita lakukan adalah menyelesaikan masalah dan memastikan rakyat kita dalam keadaan baik dan terjaga dan semuanya yang boleh dilakukan diambil tindakan," katanya. "Saya rasa kita perlu bekerja ke arah menyelesaikan masalah berbanding berbalas kata-kata kasar." Agung terlebih dulu memberitahu pemberita bahawa Singapura tidak berkata apa-apa ketika keadaan udara baik tetapi mengadu mengenai jerebu yang berlaku. Beliau juga mengkritik Indonesia yang belum lagi menandatangani secara sah perjanjian ASEAN mengenai pencemaran udara merentasi sempadan. Bacaan meningkat Ditanya mengenai tawaran bantuan dari Singapura beliau berkata: "Jika ia hanya setengah juta (dolar) lebih baik kita menggunakan belanja sendiri." Kenyataan beliau terus mendapat kritikan melalui halaman Facebook The Straits Times. "Kita bukan kanak-kanak, kita sekadar mengambil langkah pencegahan kerana (jerebu) berbahaya kepada kehidupan," kata seorang pembaca, Mildred Lee. Sementara itu bacaan Indeks Piawaian Pencemar (PSI) di republik ini melonjak semula kepada "berbahaya" semalam, mencatat satu rekod baru selepas keadaan lebih baik seketika awal semalam. PSI tiga jam itu dilaporkan mencatat 401 pada tengah hari waktu tempatan (0400 GMT) selepas menurun serendah 94 enam jam sebelumnya, menurut Agensi Alam Sekitar Nasional. Bacaan tengah hari meningkat daripada 400 sejam sebelumnya, apabila ia memecahkan rekod 371 yang dicatat tengah hari kelmarin. |
Tentera pemisah terima senjata Posted: 21 Jun 2013 05:07 PM PDT Beirut: Pemisah Syria menerima penghantaran lebih banyak senjata berkuasa dari sekutu Teluk sejak beberapa minggu lalu terutama membabitkan peluru berpandu anti-perisai dan anti pesawat yang membantu tentera rejim terbabit dalam pencapaian yang lebih agresif. Bagaimanapun penghantaran yang sama itu mencetuskan permusuhan dan pertengkaran di kalangan serpihan pemisah, melakarkan kesan yang akan dihadapi Amerika Syarikat apabila mereka mula membekalkan pemisah terbabit dengan senjata secara langsung, satu perubahan dasar besar dilakukan pentadbiran Obama.
Briged sederhana mengadu bahawa golongan Islam lebih mendapat perhatian. Tetapi perkara itu ditolak puak Islamis mengatakan bahawa tuduhan itu berat sebelah. Penghantaran terbaru awal bulan ini yang dikatakan yang kedua oleh negara Teluk sejak November dan pertama kali diketahui membabitkan peluru berpandu anti pesawat menyebabkan kemarahan di kalangan pemisah yang mengatakan ia adalah untuk kumpulan pelampau Islam, Ahrar al-Sha. Jadi kubu kuat pemisah Kumpulan terbabit adalah anggota kuat Barisan Islamis Syria, daripada 11 serpihan, yang dilihat kehadiran mereka selaras dengan Tentera Pembebasan Syria yang disokong Barat.
"Ia dijalankan secara rawak berdasarkan orang yang mereka kenal." Pemisah di kawasan Damsyik bertarung sejak beberapa minggu lalu terhadap kempen yang ditingkatkan oleh tentera rejim yang disokong Hizbullah Lubnan dan pejuang Syiah Iraq, untuk mendesak mereka keluar dari pinggir bandar yang menjadi kubu kuat pemisah. Aharar al-Sham adalah satu daripada kumpulan pemisah kurang dikenali yang muncul dalam konflik Syria, bersama unit pejuang dalam hampir semua wilayah. Ia bekerjasama di satu peringkat dengan Majlis Tentera Agung Tentera Pembebasan Syria, yang diwujudkan pada Disember untuk bekerjasama dengan briged pemisah tetapi masih lagi mempertahankan arahan bebas. - AP |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan