Harian Metro: Global |
Posted: 03 May 2013 03:17 PM PDT Percutian hujung minggu satu keluarga untuk memerhati burung di Semenanjung Kenai hampir berakhir dengan tragedi apabila seekor beruang perang tiba-tiba menyerang mereka, semalam. Terdesak untuk menyelamatkan keluarganya, seorang ahli biologi hidupan liar dan penduduk Alaska, Toby Burke terpaksa menghadapi beruang itu hanya dengan tangan kosong.
Dalam suhu sejuk -1 darjah Celsius, mereka leka cuba mengesan burung di udara ketika seekor beruang tiba-tiba muncul kira-kira 400 meter dari mereka.
"Tidak lama kemudian, kami tidak melihat beruang itu dan kami meneruskan perjalanan.
"Burke menyuruh kami tidak berpecah," katanya. Burke kemudian mencapai apa saja yang termampu sebagai senjata - dan tangannya hanya dapat memegang teropong burung yang disambung kepada tripod.
|
Posted: 03 May 2013 12:28 PM PDT Polis menahan dua lelaki yang didakwa merancang untuk melakukan serangan bom terhadap kedutaaan Myanmar di bandar raya ini. Jurucakap polis, Boy Rafli Amar berkata, suspek ditahan lewat kelmarin ketika menunggang motosikal di kawasan kediaman sibuk di selatan Jakarta bersama-sama lima bom paip
Beliau juga memberitahu, seorang wanita, isteri seorang suspek terbabit juga disoal sebagai saksi berhubung rancangan itu.
Rancangan menyerang kedutaan berkenaan menyusuli kekacauan anti-Islam baru yang meletus minggu ini, menyebabkan seorang terbunuh.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan