Harian Metro: Global |
Posted: 01 May 2013 12:22 PM PDT Seorang lelaki Emiriah yang mendakwa mempunyai 93 anak hasil perkahwinannya dengan wanita dari hampir separuh dunia akan memperoleh seorang lagi anak tidak lama lagi. Mohammed Daad Murad yang lebih dikenali sebagai Abu Faisal atau Bid Daad berkata, dia juga akan berkahwin lagi dalam masa terdekat ini.
Penduduk Sharjah yang berusia 67 tahun itu memberitahu sebuah stesen televisyen, semua wanita yang dikahwininya tidak melebihi usia 20 tahun. "Saya sudah berkahwin dengan wanita hampir dari separuh dunia dan kini mempunyai 93 anak. Kami menjangka seorang lagi anak akan dilahirkan dalam masa dua bulan lagi.
"Saya masih inginkan lebih ramai lagi anak," katanya.
|
Posted: 01 May 2013 10:04 AM PDT London: Duke dan Duchess of Cambridge hanya meraikan ulang tahun kedua perkahwinan semalam dan dengan anak sulung mereka bakal dilahirkan, pasangan diraja berusia 30-an itu menggambarkan golongan muda yang sihat. Tetapi seorang artis dan rakannya telah menjelmakan beberapa imej bagaimana rupa Kate dan William dalam tempoh 50 tahun akan datang.
Kate mungkin baru sahaja berusia 31 tahun dan William pula 30 tahun, tetapi penyelidik dan artis grafik sudah berjaya menjelmakan rupa wajah pasangan berkenaan pada usia 81 dan 80 tahun.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan