Berita Harian: Dunia |
Aliran air 2.64 bilion tahun ditemui Posted: 18 May 2013 03:04 PM PDT Ontario: Air yang ditemui jauh di dasar sebuah kolam takungan terpencil di Timmins di sini tersimpan selama 1.5 hingga 2.64 bilion tahun sejak kali pertama kehidupan muncul di planet, kata saintis Kanada dan British. Air yang keluar dari telaga sedalam 2.4 kilometer di bawah permukaan lombong tembaga dan zink di utara bandar ini lebih tua berbanding mana-mana aliran air pernah ditemui.
Apa yang pasti ialah kami dapat mengetahui bagaimana planet dapat mencipta dan memulihara sesuatu persekitaran mesra alam terhadap kehidupan mikrob selama berbilion tahun, menurut kenyataan daripada Greg Holland, pakar geokimia Universiti Lancaster yang menjadi penulis utama kajian. Tidak kira apa juga keadaan permukaan, ia juga mendedahkan kemungkinan persekitaran sama di sub permukaan Marikh. Penulis bersama bagi kajian itu datang dari Kanada termasuk Bar bara Sherwood Lollar dan Georges Lacrampe-Couloume di Universiti Toronto; Greg Slater di Universiti McMaster di Hamilton dan Long Li, yang ketika ini penolong profesor di Universiti Alberta namun terbabit dengan projek itu ketika berada di Universiti Toronto. Kehidupan mikrob
Jika ia wujud, mikrob itu mungkin terasing daripada matahari dan permukaan bumi selama berbilion tahun dan mungkin mendedahkan bagaimana mikrob berevolusi dalam pengasingan. Air purba itu dikumpul sejauh 2.4 kilometer bawah tanah di Timmins yang terasing selama puluhan juta tahun ditemui dalam air dengan bahan kimia sama pada kedalaman jauh sedikit di bawah permukaan di sebuah lombong emas Afrika Selatan, menggunakan gas hidrogen sebagai sumber tenaga, kata penyelidik. Analisis gas xenon Penyelidik menganggarkan usia air berdasarkan satu analisis gas xenon yang larut di dalamnya. Seperti mana elemen lain, xenon datang dalam bentuk jisim berbeza dikenali sebagai isotop. Air dalam lombong Timmins mengandungi paras luar biasa tinggi isotop lebih ringan, xenon yang dianggap datangnya dari atmosfera bumi.
|
Venezuela berdepan kehabisan tisu tandas Posted: 18 May 2013 03:03 PM PDT Caracas: Bermula dengan kekurangan susu, mentega, kopi dan serbuk jagung, kini Venezuela berdepan masalah kehabisan bahan kebersihan paling asas iaitu tisu tandas. Kerajaan yang menyalahkan pembangkang politik di atas kekurangan itu dan bahan lain, berkata ia akan mengimport 50 juta gulung tisu tandas untuk memenuhi permintaan. Pengguna serbu pasar raya Sebuah pasar raya di ibu kota Venezuela itu turut kehabisan tisu tandas. Pasar raya lain baru menerima bekalan dan segera diserbu pengguna apabila sampai ke pengetahuan mereka. Saya sudah mencari tisu tandas selama dua minggu. Saya diberitahu ia ada di sini dan saya berbaris untuk mendapatkannya, kata Cristina Ramos. Harga yang dikawal kerajaan iaitu harga ditetapkan di bawah harga pasaran selalu menyebabkan kekurangan. Masalah itu cuma akan bertambah buruk seperti yang pernah berlaku bertahun-tahun di Kesatuan Soviet, kata profesor ekonomi di Universiti John Hopkins, Steve Hanke. Presiden Nicols Maduro, yang dipilih oleh mendiang Hugo Chvez untuk meneruskan Revolusi Bolivarian, mendakwa puak antikerajaan, termasuk sektor persendirian, menjadi punca kekurangan itu dalam usaha mereka mengkucar kacirkan negara. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan