Kosmo Online - Dunia |
- Suspek bom Maraton Boston ditembak mati
- Musharraf ditangkap polis
- Bekas Presiden AS rai anggota pasukan sorak
Suspek bom Maraton Boston ditembak mati Posted: Suspek bom Maraton Boston ditembak mati
WATERTOWN, Massachusetts - Polis Amerika Syarikat (AS) menembak mati seorang suspek kes letupan bom Maraton Boston semalam. Dia ditembak dalam kejadian berbalas tembakan yang berlaku di sini yang terletak di pinggir Boston. Seorang pegawai agensi Keselamatan Kebangsaan memberitahu, suspek yang mati selepas ditembak itu ialah Dzhokar A. Tsarnaev yang berusia 19 tahun. Bagaimanapun, seorang lagi suspek yang juga abangnya, Tamerland Tsarneav, 26, berjaya melarikan diri. Menurut beberapa pegawai, kedua beradik itu telah tinggal di Amerika Syarikat selama beberapa tahun. Kedua-dua suspek itu diburu selepas mereka menembak mati seorang anggota polis Institut Teknologi Massachusetts (MIT) di Cambridge, Massachusetts menakala seorang lagi anggota polis cedera. Mereka kemudian melarikan diri dengan menggunakan sebuah kereta. Namun, beberapa buah kereta polis mengejar kenderaan kedua-dua suspek itu. Mereka sebelum ini diburu selepas disyaki meletakkan dua butir bom buatan sendiri semasa pertandingan Maraton Boston berlangsung di Boston pada Isnin lalu. Dalam kejadian itu, seramai tiga orang terbunuh dan 180 lagi mangsa cedera apabila dua butir bom itu meletup dekat garisan penamat. Beberapa pegawai polis berkata, dua suspek itu menyerang polis dengan bahan letupan dan senjata api sebelum Dzhokar ditembak, ditangkap dan dibawa ke hospital. Bagaimanapun, dia meninggal dunia selepas dimasukkan ke hospital. Sebelum ini, Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) menyiarkan beberapa keping gambar yang menunjukkan dua suspek tersebut bagi meminta orang ramai untuk mengenali mereka. Beberapa orang awam kemudian memberikan maklumat kepada FBI. Menurut kenyataan pejabat Peguam Daerah Middlesex, selepas lima jam FBI menyiarkan gambar itu, anggota polis tersebut mati ditembak di kampus MIT. Bapa saudara kedua-dua suspek itu, Ruslan Tsarni dari Kampung Montgomery, Maryland menyatakan kepada agensi berita AP, dua beradik tersebut datang dari wilayah dekat Chechnya, Rusia. Bapa kedua-dua suspek itu, Anzor Tsarnaev yang bercakap menerusi telefon dari bandar Makhachkala, Rusia memberitahu, Dzhokhar merupakan seorang pelajar tahun dua kursus perubatan di AS. Menurutnya, Dzhokhar adalah seorang pemuda yang bijak. "Kami menjangkakan dia akan datang bercuti di sini," kata bapanya. Menurut White House, Presiden AS, Barack Obama diberikan taklimat tentang perkembangan itu oleh seorang pembantunya, Lisa Monaco. - Agensi | |
Posted: Musharraf ditangkap polisISLAMABAD - Bekas Presiden Pakistan, Pervez Musharraf (gambar) ditahan di ibu pejabat polis di sini semalam. Dia ditahan selepas sebuah mahkamah majistret mengarahkan dia diletakkan dalam tahanan di rumahnya. Jurucakap Musharraf, Mohammed Amjad berkata, beberapa anggota polis mengiringi bekas Presiden itu dengan menaiki sebuah kenderaan yang bergerak dari rumahnya ke ibu pejabat tersebut. Menurutnya, Musharraf ditahan reman di sebuah rumah tetamu di ibu pejabat tersebut selama dua hari. Mohammed berkata, Musharraf ditahan di ibu pejabat polis kerana seorang pegawai kanan polis gagal untuk mengeluarkan dokumen yang diperlukan bagi mematuhi arahan majistret sebelum ini supaya dia ditahan di rumah. Musharraf yang pernah memimpin tentera Pakistan ditahan berhubung kes pemecatan beberapa hakim kanan semasa dia menjadi Presiden. Dia merupakan bekas ketua tentera negara ini yang pertama ditahan oleh polis. Musharraf ditangkap sehari selepas melarikan diri dengan sebuah kenderaan dari sebuah mahkamah di sini bagi mengelak ditangkap polis. Dia meninggalkan Mahkamah Tinggi Islamabad kelmarin dengan menaiki kenderaan tersebut yang dipandu laju. Bekas Presiden itu kemudian tinggal di dalam rumahnya di pinggir bandar ini selepas seorang hakim menolak untuk melanjutkan lagi tempoh ikat jaminnya sebelum mengarahkannya ditangkap. Terdapat beberapa laporan yang bercanggah berhubung cara Musharraf ditangkap. Polis menyatakan, pihaknya menangkap bekas Presiden itu di rumahnya dan menyerahkannya kepada seorang majistret di sini semalam. Bagaimanapun, Mohammed mendakwa, Musharraf menyerahkan diri di hadapan majistret. Dia menggulingkan Nawaz Sharif untuk menjadi Presiden dalam rampasan kuasa aman pada tahun 1999. Musharraf menang pilihan raya Presiden pada tahun 2002. Dia meletak jawatan pada 18 Ogos 2008 ketika Pakistan mengalami kemelut politik yang meruncing termasuk pembunuhan bekas Perdana Menteri, Benazir Bhutto pada tahun 2007. - Agensi | |
Bekas Presiden AS rai anggota pasukan sorak Posted: Bekas Presiden AS rai anggota pasukan sorakSEJUMLAH anggota pasukan sorak itu bergambar dengan Bush. HOUSTON - Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), George H. W. Bush memberikan sekuntum bunga ros kepada setiap anggota pasukan sorak yang baharu di sini kelmarin. Seramai 34 orang wanita dipilih untuk pasukan sorak Houston Texans itu. Mereka dipilih selepas 900 wanita membuat permohonan untuk menjadi anggota pasukan sorak. Pasukan Houston Texans itu bertanding dalam Liga Bola Sepak Kebangsaan. Bush yang berusia 88 tahun itu duduk di atas kerusi roda dan memakai stoking bendera AS semasa dia menyampaikan bunga tersebut. Beliau pernah menjadi Presiden AS dari tahun 1989 hingga 1993. Ketika beliau memerintah, AS terlibat dalam Perang Teluk bagi membebaskan Kuwait yang ditakluk Iraq pada tahun 1990. Beliau merupakan bapa kepada seorang lagi bekas Presiden AS, George W. Bush.- Agensi |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan