Harian Metro: Global |
Posted: Buenos Aires: Kumpulan hak asasi kemanusiaan Argentina semalam berusaha mencari bayi dicuri ketika "Perang Kotor" negara itu dengan menuduh Pope Francis yang baru dilantik gagal bersuara menentang bekas pemerintah tentera negara itu. Organisasi Grandmothers Plaza de Mayo yang diasaskan pada 1977 untuk membantu mencari kanak-kanak diculik ketika era tentera. Kata Jorge Mario Bergoglio, Francis tidak melakukan yang terbaik untuk membantu mangsa yang dinafikan hak mereka. Perang Kotor Argentina menyaksikan 30,000 orang maut atau hilang dari 1976 hingga 1983 dikaji secara terperinci.
"Grandmothers sudah memberi teguran kepada pope baru itu.
Jorge Mario Bergoglio |
Posted: Beijing: Hampir 330 juta pengguguran dilakukan di China dalam tempoh 40 tahun sejak negara itu mula-mula melaksanakan langkah mengehadkan pertumbuhan populasi di negara paling ramai penduduk di dunia itu, dedah data rasmi semalam. China mengumumkan perubahan struktur dalam sistem merancang keluarga yang menyaksikan polisi kontroversi seorang anak bagi setiap keluarga ketika mesyuarat tahunan secara berterusan penggubalan undang-undang nasional di Beijing. Data yang dimuat naik di laman web kementerian kesihatan awal tahun ini menunjukkan dari 1971 - sejurus sebelum China mula menggalakkan rakyatnya mempunyai kurang anak hingga 2010 sejumlah 328.9 juta pengguguran dilakukan di negara terbabit yang mempunyai populasi 1.35 bilion. China berkata, polisi seorang anak yang diperkenalkan pada 1980-an menghalang lebihan populasi dan melonjakkan perkembangan ekonomi. Polisi itu terkecuali kepada beberapa keluarga di luar bandar daripada kalangan etnik minoriti dan pasangan yang masih muda. Bagaimanapun, gesaan dipertingkat agar polisi itu dihentikan kerana tenaga buruh negara terbabit semakin menurun dan bilangan warga tua semakin ramai.
Ahad lalu, kerajaan mengumumkan gabungan Suruhanjaya Perancangan Keluarga dan Populasi Nasional mengkaji semula polisi itu dengan kementerian kesihatan tidak lagi bertanggungajawab. Media kerajaan berkata, ia bertujuan untuk memperbaiki polisi seorang anak itu. - AFP Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/16 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan