Harian Metro: Global |
Posted: Tokyo: Ia negara yang terkenal kerana cara unik untuk mengiklankan produk. Tetapi, Jepun kini melangkah satu tapak ke depan dengan wanitanya menyewakan paha mereka untuk syarikat memasarkan produk masing-masing dengan kadar bayaran tertentu. Dengan tanggapan bahawa iklan yang baik perlu diletakkan di tempat orang akan memberikan tumpuan, paha wanita sudah pasti menjadi pilihan paling sesuai. Dan strategi pemasaran pintar itu sudah terbukti menjana kejayaan. TATU dipakai boleh dicabut semula.
Selagi iklan itu berada di paha mereka selama lapan jam sehari atau lebih, tugas mereka selesai dan mereka akan dibayar. Sebagai bukti mereka melakukan tugas berkenaan, peserta perlu memuatnaikkan gambar mereka 'memakai' iklan itu pada laman Facebook, Twitter atau laman sosial lain milik mereka. Dan bukan setakat syarikat pengeluar produk saja mendapatkan khidmat mereka. Sebuah kumpulan rock, Green Day juga menggunakan khidmat sama untuk mempromosi album baru mereka, !Uno! Menurut jurucakap Absolute Territory, Eichi Atsumi, garis panduan perlu dipatuhi ialah mereka mendaftar menjadi iklan bergerak itu perlu mempunyai rangkaian 20 atau lebih orang dalam laman sosial dan mereka mesti berusia 18 tahun ke atas. - Daily Mail Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/22 |
Detektif kes Blade Runner hadapi tuduhan bunuh Posted: Pretoria: Detektif menyiasat kes Oscar Pistorius atau Blade Runner dimalukan sekali lagi, semalam apabila dipanggil semula ke kandang saksi beberapa jam selepas diketahui dia berdepan dengan tujuh tuduhan cuba membunuh. Detektif Hilton Botha yang diketawakan di mahkamah ketika memberi kenyataan terhadap pelari paralimpik itu dituduh mabuk apabila melepaskan tembakan ke arah sebuah bas mini yang membawa tujuh penumpang pada 2011.
Perbicaraan tertangguh, semalam kerana Botha tidak ada di mahkamah ketika ia bermula menyebabkan keputusan berkait dengan ikat jamin Pistorius mungkin mengambil masa lebih lama lagi.
Ketika diminta menjelaskan mengenai tuduhan itu, Botha semalam berkata, kes itu sudah digugurkan, dia tidak mabuk dan kejadian berlaku ketika dia memburu suspek kes jenayah. Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/22 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan