Berita Harian: Dunia |
Posted: 19 Feb 2013 12:40 PM PST China nafi, gelar dakwaan Amerika 'mengata dulang paku serpih' Beijing/San Francisco: Satu unit rahsia tentera China dituduh dalang beberapa cubaan menggodam menyebabkan Beijing menafikan sekeras-kerasnya dakwaan syarikat keselamatan komputer Amerika Syarikat itu. Kami tidak tahu bagaimana bukti dalam laporan berkenaan boleh diyakini. Dari segi serangan internet untuk menggodam, penyerang dari Amerika berada di tempat pertama," Hong Lei, Jurucakap Kementerian Luar China "Bentuk tugas Unit 61398 adalah rahsia kerajaan China, tetapi kami percaya ia terbabit dalam operasi menyerang rangkaian komputer," kata syarikat itu, kelmarin. Unit 61398 berpejabat di daerah Pudong, Shanghai, pusat kewangan dan perbankan China dipercayai mempunyai beribu-ribu petugas fasih dalam bahasa Inggeris selain pakar program dan operasi komputer dan operasi, kata Mandiant. Unit itu mencuri beratus-ratus terabait data daripada 141 pertubuhan pelbagai sektor sejak 2006, lapor syarikat itu lagi. Pada November 2011, Eksekutif Perisikan Kebangsaan Amerika menuduh China sebagai pencuri terbesar rahsia perniagaan Amerika. Kementerian Luar China menyatakan, kerajaan negara itu menentang aktiviti menggodam dan mempertikai bukti dalam laporan berkenaan. "Serangan menggodam berlaku di antara sempadan dan tidak dikenali siapa yang melakukannya. "Menentukan identiti penyerang amat sukar. Kami tidak tahu bagaimana bukti dalam laporan berkenaan boleh diyakini," kata jurucakap kementerian itu, Hong Lei dalam taklimat media. Hong merujuk kepada kajian China menunjukkan Amerika adalah dalang aktiviti menggodam di negaranya. - REUTERS |
Makin ramai dari Indonesia jadi warga Singapura Posted: 19 Feb 2013 12:32 PM PST Singapura: Semakin ramai rakyat Indonesia menjadi warga Singapura sejak dua tahun lalu, menurut rekod di kedutaan Indonesia di Singapura. Bilangannya meningkat dari 630 orang pada 2010 kepada 740 orang pada 2011 dan meningkat sekali lagi kepada 870 tahun lalu.
Kahwin rakyat Singapura "Kebanyakan warga Indonesia yang melepaskan kerakyatan asal mereka kerana berkahwin dengan rakyat Singapura," kata jurucakap kedutaan. Walaupun kedutaan tidak menyimpan rekod mengenai keturunan atau agama tetapi nama menunjukkan merekaadalah daripada pelbagai kumpulan etnik, dari keturunan Cina hingga Jawa dan Sunda. "Penurunan pada 2010 mungkin disebabkan Singapura memperketatkan dasar imigresen menjelang pilihan raya umum pada 2011," kata Profesor Hoon Chang Yau dari Universiti Pengurusan Singapura yang membuat penyelidikan dalam sejarah dan budaya penduduk Cina di Indonesia.
Kerajaan Singapura pada 2009 memperketatkan kriteria kewarganegaraan dan penduduk tetap untuk mengelak kebimbangan kebanjiran rakyat asing. "Sebilangan rakyat Indonesia berpendapat mereka perlu mendapatkan kerakyatan segera atau u ia mungkin akan menjadi lebih sukar di masa depan. Pemimpin masyarakat Indonesia di negara itu berkata, Singapura adalah destinasi utama kerana ia menawarkan peluang kerja yang baik, keselamatan dan pendidikan terbaik untuk anak mereka. Presiden Forum Komuniti Indonesia di Singapura, Yoga Dirga Cahya, berkata kebanyakannya tidak mengubah kerakyatan mereka kerana hubungan kuat dengan keluarga di tempat asal. Forum berkenaan adalah penaung bagi 10 persatuan rakyat Indonesia di Singapura dan menganjurkan majlis kepada 200,000 rakyat Indonesia, yang tinggal di Singapura. Selain itu, Yoga juga meramalkan tidak akan berlaku penghijrahan besar-besaran rakyat Indonesia ke Singapura kerana ekonomi negara itu semakin berkembang maju. - AGENSI |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan