Kosmo Online - Dunia |
- Citilink beli 25 pesawat turboprop ATR
- Thailand lancar TV Melayu
- Filem komedi bajet rendah terlaris di China
Citilink beli 25 pesawat turboprop ATR Posted: Citilink beli 25 pesawat turboprop ATR
JAKARTA - Syarikat penerbangan Indonesia, Garuda menerusi bahagian tambang murahnya, Citilink menyatakan telah menempah 25 buah pesawat turboprop daripada ATR dalam usaha memenuhi pasaran penerbangan domestik yang pesat berkembang menerusi pembelian bernilai AS$500 juta (RM1.5 bilion). "Kami telah menempah 25 unit pesawat ATR 72-600, selain akan menyewa atau membeli 25 buah pesawat lagi pada tahun 2015. "Dengan pesawat baharu ini, kami mahu menembusi wilayah-wilayah pedalaman dan bandar-bandar yang mempunyai kemudahan penerbangan terhad," kata Ketua Pegawai Eksekutif Citilink, Arif Wibowo. Rakyat Indonesia bergantung kepada pengangkutan udara berikutan kedudukan geografi gugusan kepulauannya. Syarikat penerbangan di Indonesia juga sering membuat pembelian pesawat dalam jumlah yang besar berikutan golongan pertengahan negara itu kian meningkat. Pada November 2011, Lion Air mengumumkan tempahan pesawat komersial terbesar di dunia apabila menyatakan hasrat untuk membeli 230 unit pesawat Boeing bernilai lebih AS$20 bilion (RM60 bilion). ATR ialah syarikat kerjasama Perancis dan Itali yang berpangkalan di Tolouse, Perancis. Ia menghasilkan pesawat turboprop yang berharga lebih AS$20 juta (RM60 juta) sebuah. Citilink dijangka menerima lima buah pesawat pertamanya pada September depan. Bakinya dihantar menjelang 2017 dengan kontrak pembelian akan dimuktamadkan pada hujung bulan ini. Citilink kini memiliki 21 buah pesawat, termasuklah Airbus A320 dan Boeing 737. - AFP | |
Posted: Thailand lancar TV MelayuBANGKOK - Kerajaan Thailand semalam telah melancarkan saluran televisyen berbahasa Melayu pertama dalam usaha mendekati audien di kawasan selatan yang majoritinya penduduk beragama Islam. Penyelia projek, Chamroon Den-udom menyatakan bahawa saluran baharu itu akan meningkatkan persefahaman di antara penganut Islam dan Buddha di negara ini. Pada peringkat awal, stesen televisyen yang diberi nama TV Melayu itu hanya menawarkan program berita selama setengah jam setiap hari sebelum menyiarkan rancangan televisyen 24 jam sehari bermula tahun depan. Penganut Islam di Thailand terutama di wilayah Yala, Pattani dan Narathiwat menyatakan mereka sering dilayan sebagai warga kelas kedua oleh pihak berkuasa Thai yang kebanyakannya beragama Buddha. Sejak pemberontakan meletus pada 2004, lebih 5,000 orang telah terbunuh untuk menuntut satu wilayah Islam yang merdeka. - AP | |
Filem komedi bajet rendah terlaris di China Posted: Filem komedi bajet rendah terlaris di ChinaAP BEIJING - Sebuah karya tempatan bajet rendah tanpa disangka menjadi filem China yang memperoleh pendapatan tertinggi sehingga ke hari ini. Media rasmi China melaporkan filem komedi Lost in Thailand memperoleh kutipan lebih 1 bilion yuan (RM485 juta) sejak ditayangkan pada 12 Disember lalu. Memetik perangkaan sebuah firma pemantauan box office, agensi berita Xinhua melaporkan kelmarin bahawa filem itu turut mengatasi filem Titanic dalam tiga dimensi (3D). Karya arahan James Cameron itu merupakan filem asing paling popular di China sepanjang 2012. Menjalani penggambaran di Thailand, filem Lost in Thailand mengisahkan dua ahli perniagaan yang pergi mencari ketua mereka di bahagian utara seterusnya menemui seorang pelancong yang teruja untuk meneroka negara itu. Lost in Thailand sarat dengan jenaka slapstik dan adegan aksi. Rekod terdahulu untuk filem domestik ialah 726 juta yuan (RM353.5 juta) yang dicatatkan oleh filem Painted Skin 2. - AP |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan