Kosmo Online - Dunia |
- Rumah tengah lebuh raya dirobohkan
- Singapura hantar pulang pemandu bas warga China
- Stevie Wonder batal persembahan untuk Israel
Rumah tengah lebuh raya dirobohkan Posted: Rumah tengah lebuh raya dirobohkan
BEIJING - Pihak berkuasa China telah merobohkan rumah lima tingkat yang terletak di tengah-tengah sebuah lebuh raya baharu dan menjadi kontroversi baru-baru ini. Ketua kampung Xiayangzhang, Chen Xuecai memberitahu AFP bahawa rumah itu diroboh semalam selepas pemiliknya yang juga seorang penternak itik, Luo Baogen setuju untuk menerima pampasan sebanyak AS$41,000 (RM124,615). Luo menjadi satu-satunya pemilik rumah yang enggan keluar dari kawasan yang telah diratakan untuk dijadikan lebuh raya di wilayah Zhejiang itu. Luo baru sahaja menyiapkan rumahnya dengan kos AS$95,000 (RM288,743) sebelum kerajaan menawarkan pampasan sebanyak AS$35,000 (RM106,379) supaya berpindah, Tidak jelas kenapa Luo menerima tawaran tersebut. Menurut Chen, Luo sudah penat dengan perhatian media dan menerima tawaran itu secara sukarela. Pihak berkuasa China biasanya memberi tekanan kepada pemilik tanah atau rumah supaya bersetuju menerima pampasan dalam usaha meneruskan pembangunan. - AFP | |
Singapura hantar pulang pemandu bas warga China Posted: Singapura hantar pulang pemandu bas warga ChinaKIRA-KIRA 100 orang pemandu bas bertindak mogok kerana membantah perubahan waktu kerja yang membuatkan mereka tidak lagi berpeluang untuk mendapat bayaran kerja lebih masa. SINGAPURA - Pihak berkuasa Singapura akan menghantar pulang 29 orang pemandu bas dari China dan menjatuhkan hukuman kepada lima yang lain kerana mengambil bahagian dalam mogok selama dua hari untuk menuntut gaji serta kondisi kerja lebih baik. Kementerian Sumber Manusia Singapura dalam satu kenyataan memberitahu, permit kerja 29 orang pemandu bas itu telah dibatalkan, sebelum pegawai imigresen menghantar mereka pulang ke China. "Mogok ini telah dirancang. Ia mengganggu operasi pengangkutan awam dan mengancam ketenteraman awam," jelas kenyataan tersebut. Sementara lima lagi pemandu telah ditahan dan akan didakwa atas tuduhan memulakan mogok pada 26 hingga 27 November lalu. Sekiranya didapati bersalah, mereka berdepan hukuman penjara selama setahun atau denda sebanyak Sg$2,000 (RM4,978). Di Singapura, mogok dalam kalangan pekerja perkhidmatan penting seperti pengangkutan awam adalah diharamkan, melainkan mereka sudah memberi notis 14 hari dan memenuhi pelbagai garis panduan lain. - AFP | |
Stevie Wonder batal persembahan untuk Israel Posted: Stevie Wonder batal persembahan untuk IsraelLOS ANGELES - Penyanyi popular Amerika Syarikat (AS) yang juga Wakil Keamanan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Stevie Wonder telah membatalkan persembahan untuk Rakan Tentera Pertahanan Israel (FIDF) selepas beberapa organisasi meminta agar dia tidak meneruskan niat itu. Penyanyi irama soul berusia 62 tahun itu dijadual mengadakan persembahan pada 6 Disember depan dalam satu majlis mengumpul dana di sini. Majlis tersebut dianjurkan oleh FIDF, sebuah organisasi yang ditubuhkan untuk membantu anggota tentera Isreal dan keluarga mereka. "Disebabkan oleh situasi semasa di Asia Barat dan hati yang sentiasa ingin melihat dunia ini aman damai, saya tidak akan membuat persembahan pada malam Gala FIDF," jelas Wonder dalam satu kenyataan. Wonder bagaimanapun menyatakan akan memberi sumbangan kepada badan-badan yang membantu kanak-kanak cacat di Israel dan Palestin. Menurut kenyataan pihak Kempen AS untuk Menamatkan Serangan Israel, keputusan Wonder itu hadir selepas mendapat tentangan daripada banyak organisasi dan tiga petisyen antarabangsa. - Reuters |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan