Harian Metro: Global |
Posted: 15 Dec 2012 04:34 AM PST NEWTOWN: Seorang lelaki menembak mati ibunya di rumah sebelum pergi ke sebuah sekolah rendah dan melepaskan tembakan rambang, membunuh 27 orang orang, termasuk 20 kanak-kanak. Penyerang itu, Adam Lanza, 20, membawa dua pistol menyerang Sekolah Rendah Sandy Hook dan mengamuk di situ sebelum membunuh diri. Pihak berkuasa berkata, ada antara mangsa berusia lima tahun.
Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, berkata negara itu bersedih dengan insiden berkenaan. "Kanak-kanak itu mempunyai masa depan yang cerah dan sepatutnya menyambut hari lahir, menamatkan pengajian, berkahwin dan memiliki keluarga sendiri," katanya. Sehingga petang semalam, polis masih belum mengetahui motif serangan itu, tetapi Lanza dipercayai mengalami masalah gangguan personaliti dan tinggal bersama ibunya, Nancy, abangnya di Connecticut.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/15 |
Lanza bekas pelajar pintar tapi bersikap aneh Posted: 15 Dec 2012 04:32 AM PST HARTFORD: Penyerang yang membunuh 27 orang sebelum membunuh diri awal pagi semalam adalah bekas pelajar pintar tetapi bermasalah. Mempunyai perawakan tinggi dan kurus, Adam Lanza membawa beg hitam untuk menghadiri kelas bahasa Inggeris.
Apabila disoal, dia mampu memberikan jawapan walaupun kelihatan gemuruh, resah dan amat sukar bercakap. Lanza datang ke sekolah menengahnya di Newtown dengan berpakaian kemas dan alat tulis yang sewajarnya seolah-olah dia tidak mahu menarik perhatian sesiapa.
Lanza menembak mati 20 kanak-kanak dan tujuh orang dewasa, termasuk ibunya, sebelum dia menembak dirinya sendiri.
Selain tiada wajahnya dalam buku tahunan sekolah pada 2010, Lanza tidak memiliki akaun Facebook.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/15 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan