Berita Harian: Dunia |
Setiap mangsa kena 3 hingga 11 das Posted: 16 Dec 2012 01:16 PM PST Pemeriksa kesihatan sahkan suspek guna raifal Bushmaster 223 Caliber Newtown, (Connecticut): Pemeriksa kesihatan Dr H Wayne Carver yang menyiasat pembunuhan di Sekolah Rendah Sandy Hook Jumaat lalu, berkata bedah siasat ke atas mayat 20 kanak-kanak dan enam dewasa menunjukkan mereka ditembak bertalu-talu dari jarak dekat. Siasatan menunjukkan mangsa maut akibat terkena tembakan berulang kali yang dilepaskan dari jarak dekat," Dr H Wayne Carver, Pemeriksa kesihatan Beliau berkata, semua mangsa ditembak dengan raifal Bushmaster .223 caliber, satu daripada sekurang-kurangnya dua senjata milik suspek Adam Lanza yang digunakan untuk melakukan pembunuhan paling dahsyat dalam sejarah Amerika Syarikat. Lanza didakwa menembak mati ibunya, Nancy Lanza, di rumah mereka Jumaat lalu sebelum memandu ke Sandy Hook dan menceroboh masuk dan melepaskan tembakan rambang. "Saya terbabit di bidang ini selama tiga dekad dan ini kejadian paling buruk dan paling teruk pernah saya lihat," kata Carver kepada wartawan yang berhimpun di Treadwell Park, tidak sampai satu kilometer dari Sekolah Rendah Sandy Hook, lokasi kejadian ngeri itu. Salah seorang pegawai penyiasat, Leftenan Paul Vance, mengedarkan salinan senarai nama dan tarikh lahir mangsa, termasuk 12 kanak-kanak perempuan dan lapan lelaki, kebanyakannya lahir pada tahun 2006. Semua mangsa dewasa adalah wanita, berusia 27 hingga 56 tahun. Carver berkata, bedah siasat ke atas suspek yang menembak diri sendiri dan ibunya di kediaman mereka di Newtown dilakukan semalam. - Agensi |
Rakyat Mesir lulus Perlembagaan baru Posted: 16 Dec 2012 01:11 PM PST Kaherah: "Majoriti mudah rakyat Mesir meluluskan Perlembagaan kontroversi yang disokong Presiden Mohamed Morsi dan golongan Islam dalam pusingan pertama pungutan suara," kata kumpulan Islam dan pembangkang semalam, memetik keputusan tidak rasmi. Undian kelmarin di 10 wilayah termasuk Kaherah dibuat selepas berminggu-minggu bantahan besar-besaran anjuran gabungan pembangkang yang pada awalnya bertujuan menyerang pungutan suara itu, sebelum sebaliknya menyuarakan supaya draf itu ditolak pada saat-saat akhir. Menjelang pagi semalam, dengan kebanyakan undian dikira, Parti Kebebasan dan Keadilan pimpinan Morsi berkata di laman webnya bahawa 56.6 peratus mengundi menyokong Perlembagaan dalam pungutan suara yang diadakan secara tergesa-gesa itu, secara kasar sama dengan jumlah yang dilaporkan media Mesir. Undian kedua Sabtu depan Undian pusingan kedua diadakan Sabtu depan, dan selepas itu keputusan rasmi akan diketahui. Gabungan pembangkang utama, Barisan Penyelamat Kebangsaan, selepas undian ditutup malam kelmarin mengumumkan hampir dua pertiga pengundi menolak Perlembagaan yang dirangka majlis dikuasai golongan Islam. Keganasan antara penyokong dan penentang piagam itu berlaku di dua bandar raya terbesar Mesir, Kaherah dan Iskandariah, dalam masa 48 jam, dengan polis menangkis serangan golongan Islam ke atas ibu pejabat parti Wafd yang liberal di Kaherah malam kelmarin. Menurut keputusan awal, majoriti mengundi menentang piagam itu di ibu negara, kubu kuat pembangkang. - AFP |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan