Berita Harian: Dunia |
Posted: 29 Nov 2012 11:54 AM PST Tindakan diharap dapat kurangkan kemarahan rakyat KAHERAH: Sebuah jawatankuasa ditubuhkan semalam, untuk mengundi draf baru Perlembagaan Mesir, ketika bantahan semakin memuncak berikutan tindakan Presiden Mohamed Mursi (kanan) memberikan lebih kuasa kepada dirinya.
Wujudkan Perlembagaan "Pentas politik dunia sangat sukar. Bukan mudah untuk berada di atasnya. Jika kita sudah ada Perlembagaan, semua yang saya kata atau lakukan minggu lepas akan berakhir. Kenyataan Mursi itu berbentuk rayuan kepada masyarakat antarabangsa supaya bersabar selepas keputusan memberikan lebih kuasa kepadanya sehingga Perlembagaan baru disahkan dalam pungutan suara. Ditanya mengenai amaran pengkritik beliau mahu menjadi Firaun baru, Mursi mengulangi, "Firaun baru?" dengan rasa tidak percaya sebelum ketawa besar. "Mampukah saya? Saya menderita, secara peribadi," katanya. Pemimpin itu minggu lalu memberikan tambahan masa dua bulan untuk menyempurnakan tugas itu. Namun, apabila mahkamah tinggi turut melancarkan mogok berikutan keputusan Mursi, panel itu menyimpulkan pertimbangan dan bersedia untuk undian di kalangan anggota, kata ketuanya, Ahmed Darrag. Agensi berita MENA melaporkan panel itu mengundi mengenai draf berkenaan pagi semalam. Kemudian akan diadakan pungutan suara. Ketua panel, Hossam al-Gheriani, menggesa puak liberal, kumpulan berhaluan kiri dan penganut Kristian yang menarik diri supaya kembali dan menyelesaikan perbincangan itu semalam. "Esok pasti hari yang hebat," katanya. Langkah mengejutkan itu berlaku ketika perbalahan mendalam berhubung perhimpunan merangka Perlembagaan, yang dituduh pengkritik tidak mewakili semua rakyat Mesir. - AFP |
China benar peronda usir kapal asing Posted: 29 Nov 2012 11:49 AM PST Langkah terbaru negara Tembok Besar tonjol kuasa di kawasan tuntutan Beijing: China memberikan hak kepada polis peronda sempadannya untuk menaiki dan mengusir kapal asing yang memasuki perairan rebutan di Laut China Selatan, lapor media semalam, ketika pertikaian itu semakin memuncak. Kami terus meminta mereka menghormati kedaulatan kami dan kami meminta mereka segera mengundurkan kapal mereka seperti dipersetujui" - Albert del Rosario, Menteri Luar Filipina Lulus peraturan baru Wilayah Hainan di selatan China meluluskan peraturan baru minggu ini membenarkan polis menaiki, merampas dan mengusir kapal asing yang memasuki kawasan laut wilayah itu secara haram, lapor Global Times. Jurucakap Kementerian Luar, Hong Lei, ketika ditanya mengenai peraturan baru itu, berkata ia adalah hak sah sebuah negara berdaulat untuk melakukan pengurusan maritim. Hainan mentadbir sekitar dua juta kilometer persegi lautan termasuk kepulauan Spratly yang juga dituntut secara keseluruhan atau sebahagian oleh Filipina, Vietnam, Brunei, Malaysia dan Taiwan. Sementara itu di MANILA, Filipina masih meminta China mengundurkan tiga kapalnya dari beting yang menjadi rebutan di Laut China Selatan hampir enam bulan selepas ia berjanji untuk berbuat demikian, kata Menteri Luar semalam. Menteri Luar Filipina, Albert del Rosario, berkata walaupun Filipin sudah mengundurkan kapal dari Beting Scarborough pada 4 Jun lalu, seperti dipersetujui kedua-dua negara, tiga kapal China masih ada di kawasan itu. " Kami berterusan meminta mereka menghormati kedaulatan kami dan kami meminta mereka mengundurkan segera kapal mereka seperti dipersetujui," katanya. - AFP |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan